Port Buffet & Steamboat Baru, Thai House Di Kuching Ini Hidang Menu Authentic Thailand

19 Jan 2023 • 10:11 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Ada banyak menu masakan asli Thailand yang enak untuk anda!

Port Buffet & Steamboat Baru, Thai House Di Kuching Ini Hidang Menu Authentic Thailand. Buat kaki foodie di luar sana kami ada berita baik buat anda, terdapat port buffet dan steamboat baru di Kuching yang menyajikan menu authentic Thailand untuk anda cuba.

Terletak di Riveredge Comercial Centre, Petra Jaya, anda kini boleh menikmati pelbagai hidangan asli Thailand yang enak di restoran Thai House Borneo ini.

image is not available
Port Buffet & Steamboat Baru, Thai House Di Kuching Ini Hidang Menu Authentic Thailand. Kredit Foto: FB Hisham Badrul

image is not available
Kredit Foto: FB Hisham Badrul

Walaupun baru dibuka, ramai yang sudah approve restoran ini

Baru sahaja dibuka, Thai House Borneo ini sudah menempah namanya dikalangan penduduk lokal kerana mereka menyediakan menu masakan Thailand yang unik dan sukar didapati di sini.

Menurut Facebook Thai House Borneo, mereka menyediakan makanan Halal dan ‘serves no pork‘ di restoran mereka, jadi semua orang bolehlah makan di sini kan!

image is not available
Kredit foto: FB Amy Low

image is not available
Kredit foto: FB Amy Low

Ada menu menarik yang lain

Selain daripada menu buffet dan steamboat, mereka juga ada menu menarik lain seperti menu set dan juga menu ala carte.

Antara menu menarik yang ada disediakan di sini adalah Shrimp Pad Thai, Mango Sticky Rice, Thai Pineapple Fried Rice, Thai Shrimp Cake, Waterfall Beef Salad, Thai Papaya Salad with Corn, Mang Pla Pao, dan banyak lagi. Untuk menu ala carte di sini, anda perlu memesannya awal iaitu sebelum jam 2 petang.

Suasana restoran yang selesa, Thai House ini memang sesuai dijadikan port makan bersama rakan-rakan, keluarga dan orang tersayang!

Lagi port makan baru di Kuching untuk anda cuba di sini: