Port Lepak Cun Di Kampung Nombor, Cafe Bang Ali Ini Sedia Pelbagai Menu Menarik Untuk Anda

28 May 2023 • 10:31 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Pelbagai makanan enak menanti anda di sini.

Port Lepak Cun Di Kampung Nombor, Cafe Bang Ali Ini Sedia Pelbagai Menu Menarik Untuk Anda. Siapa saja yang tak tahu mengenai kampung unik berada di tengah-tengah Bandaraya Kuching yang penuh dengan sejarah ini. Kampung Nombor adalah salah satu kampung yang paling legend di Sarawak.

Buat artikel kali ini, kami ingin berkongsi dengan anda satu port makan cun di Kampung Nombor yang sesuai untuk kaki lepak di luar sana.

image is not available
Port Lepak Cun Di Kampung Nombor, Cafe Bang Ali Ini Sedia Pelbagai Menu Menarik Untuk Anda. Kredit foto: Meksha RF

image is not available
Kredit foto: Meksha RF

Menu menarik yang anda boleh cuba

Dengan suasana tenang di mana anda boleh melihat keindahan kampung yang penuh bersejarah ini, Cafe Bang Ali terletak di hadapan Masjid Kampung Nombor 6.

Antara menu menarik yang anda boleh nikmati di sini adalah, Nasi Butter Chicken, Sup Tulang, Kueyteow Goreng, Keropok Lekor, Nasi Goreng Kampung, Nasi Ayam Penyet dan banyak lagi. Pada bulan Ramadan pula, cafe ini amat terkenal dengan hidangan ‘Suntong Tutok‘ mereka yang memang padu!

image is not available
Kredit foto: Meksha RF

Beroperasi hingga jam 11 malam

Setelah puas menerokai Bandaraya Kuching sehingga malam kemudian anda berasa lapar dan tak tahu nak makan mana, anda boleh singgah ke Cafe Bang Ali ini kerana ia buka dari jam 5.30 petang hingga 11 malam.

Tunggu apa lagi jom lepak sambil menikmati makanan lazat di Cafe Bang Ali ini!

Lagi port makan menarik untuk anda di sini: