Port Makan Baru Di Kuching, Teppanyaki Guys Kini Buka Di Vivacity Megamall

16 Jan 2023 • 8:46 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Teppanyaki best di Kuching!

Port Makan Baru Di Kuching, Teppanyaki Guys Kini Buka Di Vivacity Megamall. Teppanyaki membawa maksud cara memasak khas orang Jepun di atas kuali besi yang rata (teppan) atau bermaksud kedai makan Jepun yang menyediakan tempat duduk dengan meja berbentuk kaunter dan mempunyai kuali besi yang digunakan untuk memasak.

Selain daripada sushi, Teppanyaki juga merupakan salah satu hidangan popular di Jepun. Ini kerana hidangan Teppanyaki ini dimasak di hadapan anda kemudian terus dihidangkan segar untuk dimakan segera.

image is not available
Port Makan Baru Di Kuching, Teppanyaki Guys Kini Buka Di Vivacity Megamall. Kredit foto: FB Tenpayaki Guys

Port untuk anda menikmati

Tak banyak restoran yang menyediakan menu Teppanyaki di Kuching, Teppanyaki Guys kini menjadi salah satu port untuk anda menikmati menu makanan popular di Jepun ini.

Antara menu menarik yang anda boleh cuba di sini adalah, Teppanyaki Beef, Teppanyaki Chicken, Smoke Duck, Gyoza dan banyak lagi.

image is not available
Kredit foto: FB Tenpayaki Guys

Teppanyaki Guys berada di tingkat Ground Floor

Baru sahaja buka dan berada di tingkat Ground Floor, Teppanyaki Guys memberikan anda jaminan makanan yang lazat serta suasana yang selesa di Restoran mereka.

Jadi tunggu apa lagi, buat penggemar Teppanyaki di luar sana, anda boleh cuba makanan enak di sini!

Lagi port makan baru untuk anda cuba di sini: