Port Makan Hujung Minggu: Moxy Putrajaya Relaunch Bufet 'Eat-Chew'

LocalFood
21 Aug 2026 • 12:11 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Port Makan Hujung Minggu: Moxy Putrajaya Relaunch Bufet 'Eat-Chew'

Kalau anda tengah cari port makan hujung minggu yang best, tak payah pening-pening lagi. Restoran Three.6.5 di Moxy Putrajaya kembali mencuri tumpuan ramai selepas melancarkan semula Bufet Makan Malam 'Eat-Chew Weekend'yang tampil dengan sajian lebih mewah dan pelbagai.

Diadakan eksklusif pada setiap malam Jumaat dan Sabtu, bufet berwajah baharu ini menggabungkan pelbagai hidangan popular tempatan dengan sentuhan fusion moden. Memang ngam sangat untuk korang yang nak lari dari rutin kerja dan "reward" diri bersama keluarga atau rakan-rakan.

Image from: Port Makan Hujung Minggu: Moxy Putrajaya Relaunch Bufet 'Eat-Chew'

Apa Yang 'Best' Kat Sini?

Dibawakan khas oleh Chef Jimmy dan pasukan kulinari Moxy, ini antara hidangan menarik yang wajib anda serbu:

  • Seafood On Ice & Sushi Corner: Peminat makanan laut boleh makan sampai puas! Ada udang harimau segar, kekapis, kupang, serta sushi dan sashimi yang dipotong segar.

  • Maggie Wagyu Beef Sukiya & Lobster Masak Lemak: Ini memang star of the show! Gabungan rasa mi sukiya daging Wagyu yang lembut dan kepekatan kuah Lobster Masak Lemak memang bikin ketagih.

  • Image from: Port Makan Hujung Minggu: Moxy Putrajaya Relaunch Bufet 'Eat-Chew'
    Image from: Port Makan Hujung Minggu: Moxy Putrajaya Relaunch Bufet 'Eat-Chew'
    • Stesen Masak Secara Langsung: Dapatkan hidangan panas terus dari Moxy Grill CartCarving Station (daging panggang), dan stesen Sup Daging Berempah yang cukup padu.

    Image from: Port Makan Hujung Minggu: Moxy Putrajaya Relaunch Bufet 'Eat-Chew'
    • Sajian Tempatan & 'Street Food': Korang juga boleh nikmati Moxy Ayam Gunting yang rangup, Nasi Goreng Signature Moxy, dan pelbagai pencuci mulut yang menceriakan.

    Image from: Port Makan Hujung Minggu: Moxy Putrajaya Relaunch Bufet 'Eat-Chew'
    Image from: Port Makan Hujung Minggu: Moxy Putrajaya Relaunch Bufet 'Eat-Chew'

    Dengan suasana kafe yang santai, hiasan dalaman yang moden dan instafamous, menjamu selera kat sini memang terasa sangat 'chill' dan sesuai untuk buat konten media sosial korang.

    Image from: Port Makan Hujung Minggu: Moxy Putrajaya Relaunch Bufet 'Eat-Chew'

    Bagi yang nak merancang staycation singkat atau sekadar nak makan-makan hujung minggu ini, jangan lupa tempatkan meja korang awal-awal sebelum penuh.

    Newswav Malaysia Best News App

    Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

    Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved