Mesra Muslim, Nikmati Menu Makanan Korea Di Toast Cotea Plus Sibu

26 Jan 2023 • 2:25 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Selain makanan Korea, anda boleh juga nikmati makanan tempatan di sini!

Mesra Muslim, Nikmati Menu Makanan Korea Di Toast Cotea Plus Sibu. Sekiranya anda berada di Sibu dan hendak mencari port makanan Korea mesra Muslim, terdapat satu kafe menarik yang menantikan anda.

Menawarkan pelbagai jenis makanan Korea yang menarik serta makanan tempatan kegemaran anda, Toast Cotea Plus harus menjadi kunjungan anda yang seterusnya!

image is not available
Mesra Muslim, Nikmati Menu Makanan Korea Di Toast Cotea Plus Sibu

Nikmati makanan seperti kimchi, rice bowl, ayam goreng Korea dan pelbagai lagi

Salah satu makanan yang sangat disyorkan daripada menu mereka ialah shitake chicken ricebowl, kimchee fried rice dan blackpepper beef bibimbap ricebowl. Anda juga boleh memilih Ramen Korea mereka juga.

Mereka juga mempunyai ayam goreng salut dengan sos khas Korea mereka, makanan ringan yang sangat disyorkan untuk anda cuba. Jika anda mencari snek lain selain ayam goreng, mereka juga menawarkan makanan street Korea yang lain seperti Sosej Keju Jumbo Korea yang istimewa – korang akan kagum dengan kepanjangan keju apabila korang menarik sosej tu~

image is not available
Pelbagai jenis jumbo cheese sosej dengan coating yang berlainan untuk pilihan anda! Kredit: FB TOAST COTEA PLUS

Sekiranya anda berminat untuk pergi ke sini, berikut adalah masa operasi dan lokasi mereka:
Lokasi: Lorong Sena 8 (berhampiran SMK Deshon), Sibu, Sarawak
Masa operasi: Buka setiap hari, 10AM – 9PM
Media sosial: Facebook TOAST COTEA PLUS

Lagi di sini: