Porter Gunung Kinabalu Yang Pernah Angkat Tangki Air 50kg Ke Laban Rata Meninggal Dunia

28 Dec 2025 • 9:59 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Seorang porter Gunung Kinabalu yang fotonya pernah tular suatu ketika dahulu kerana mengangkat tangki air biru seberat 50 kilogram untuk dihantar ke Laban Rata pada tahun 2005 dilaporkan telah meninggal dunia pada awal pagi semalam, lapor Harian Metro.

Allahyarham Abbie Intang meninggal dunia pada usia 68 tahun dan dikenali sebagai porter Gunung Kinabalu paling lama berkhidmat.

Kegagahan beliau turut melayakkan Allahyarham digelar sebagai Badang Kinabalu.

image is not available

Abbie yang berusia 48 tahun pada tahun 2005 juga pada ketika itu digelar sebagai M Nasir Kinabalu kerana wajahnya yang mempunyai iras-iras dengan penyanyi dan komposer terkenal Datuk M Nasir.

Setiap hari sepanjang perkhidmatannya sebagai porter gunung, Abbie akan mendaki ke Laban Rata dari Timpohon Gate yang jaraknya sejauh enam kilometer dengan membawa tong air seberat 33 kilogram iaitu 600 liter.

Berita pemergian Badang Kinabalu itu difahamkan telah dikongsikan oleh anaknya menerusi Facebook, lapor Malaysia Gazette.

Sumber: Harian Metro, Malaysia Gazette

Sumber: Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.