Portugal Hadkan Akses Internet Untuk Kanak-Kanak Bawah 13 Tahun

TechnologyFamily & Parenting
13 Feb 2026 • 5:26 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Portugal semalam meluluskan rang undang-undang yang menghadkan akses kandungan atas talian pada individu bawah 16 tahun. Pertama sekali kanak-kanak bawah 13 tahun tidak dibenarkan mengakses laman media sosial, gambar, video dan laman perjudian. Sementara itu remaja berumur 13-15 tahun pula hanya boleh mengakses kandungan atas talian selepas menerima kebenaran ibu bapa atau penjaga.

image is not available

RUU diluluskan bagi melindungi kanak‑kanak daripada kandungan yang dianggap bahaya, buli siber dan pedofilia. Kunci Mudah Alih Digital (DMK) akan digunakan oleh ibu bapa untuk memberi persetujuan, sekali gus membantu menguatkuasakan larangan untuk kanak-kanak di bawah umur 13 tahun Penyedia teknologi juga dikehendaki melaksanakan sistem pengesahan umur yang serasi dengan DMK.

Langkah yang diambil Portugal tidak seketat diambil Australia yang mengharamkan platform media sosial secara menyeluruh tanpa sebarang pelepasan. UK, Malaysia dan Perancis adalah tiga lagi negeri yang juga sedang mempertimbangkan untuk mengikut langkah Australia.