Pihak Pos Malaysia kini dalam fasa untuk melancarkan sebuah perkhidmatan baharu yang akan membolehkan para pengguna untuk memantau penghantaran bungkusan kepada mereka secara masa-nyata. Dengan langkah ini, ia akan memberikan pengalaman lebih mudah untuk memantau masa ketibaan dan proses penghantaran bungkusan kepada pembeli, lebih kurang seperti yang dipaparkan pada perkhidmatan seperti Grab Food atau FoodPanda.

Pos Malaysia menyatakan langkah ini akan menjadikan mereka pertama di Malaysia menyediakannya untuk tujuan penghantaran bungkusan. Ini juga dilihat sebagai pengalaman dan perkhidmatan tambahan kepada pengguna dalam lebih memilih perkhidmatan Pos Malaysia, dan lebih tenang menantikan bungkusan pembelian mereka.
Selain masa penghantaran, ciri ini juga akan memaparkan penjimatan karbon oleh penggunaan perkhidmatan Pos Malaysia untuk penghantaran bungkusan kepada anda berbanding penggunaan perkhidmatan lain. Pos Malaysia menyasarkan pengenalan ciri ini dalam masa beberapa minggu sahaja lagi.






