Poster kredit Shopee palsu

Politics
5 Apr 2023 • 6:12 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
JPM menafikan poster pemberian kredit Shopee RM400 untuk rakyat.

PUTRAJAYA - Jabatan Perdana Menteri (JPM) menafikan poster pemberian kredit Shopee RM400 untuk rakyat.

Menurut jabatan itu, poster yang turut memaparkan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan logo Malaysia Madani berkenaan adalah palsu.

"Orang ramai diminta untuk tidak menyebarkan atau berkongsi sebarang maklumat yang tidak pasti atau palsu," kata JPM menerusi hantaran di laman Facebook pada Rabu.