Poster tular ‘Kredit Shopee RM400’ palsu: JPM

5 Apr 2023 • 8:23 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Jabatan Perdana Menteri (JPM) memaklumkan Bantuan Kredit Shopee RM400 seperti disebarkan menerusi poster bertajuk ‘Kredit Shopee RM400 Untuk Rakyat Malaysia’ yang tular di media sosial adalah palsu.

Menerusi hantaran di laman Facebook rasminya, hari ini, JPM menegaskan bahawa poster berkenaan adalah palsu.

“Orang ramai diminta untuk tidak menyebarkan atau berkongsi sebarang maklumat yang tidak pasti atau palsu,” menurut JPM. - Bernama