Potong barisan, orang Cina Malaysia halau pelancong biadab balik China

8 May 2024 • 2:02 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Tular sekumpulan orang Cina Malaysia halau pelancong biadab dari China tanah besar (PRC) kerana memotong barisan di sebuah pusat beli-belah baru-baru ini.

Menerusi satu perkongsian yang X, @ShamaaKoussa telah memuat naik satu video memaparkan orang sedang beratur di hadapan sebuah kedai menjual figura.

Orang Cina Malaysia halau pelancong biadab dari China

Pada video itu, terdapat beberapa warga Cina tempatan kelihatan sedang membuat aduan kepada pekerja di kedai tersebut berkenaan lelaki PRC yang memotong barisan itu.

Tindakan daripada warga Cina tempatan itu membuatkan lelaki PRC berkenaan berang lalu menjerit kepada orang-orang yang sedang beratur.

image is not available

Warga Cina tempatan yang berada berhampiran kemudian menyuruh lelaki PRC itu untuk kembali ke tanah besar China lalu disokong oleh orang ramai.

Tindakan daripada warga tempatan yang menghalaunya pulang itu menambahkan rasa berang daripada lelaki PRC itu namun dia hanya mampu menjerit kepada orang yang menghalaunya.

Netizen puji Cina Malaysia halau pelancong biadab dari China

image is not available

Lelaki PRC itu kemudian mengambil keputusan untuk meninggalkan kedai tersebut selepas dihalau secara beramai-ramai oleh warga Cina Tempatan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen Malaysia berpuas hati dengan tindakan warga Cina tempatan menghalau lelaki PRC itu.

Terbaik!

image is not available

Terima kasih orang Cina Malaysia

image is not available

Bagus, memang terbaik

image is not available

Ramai juga warganet yang meninggalkan komen berseloroh dan berkata hanya orang Cina sahaja diberi kebenaran untuk menghalau warga Cina tanah besar keluar dari Malaysia.

Orang Cina je boleh cakap macam ni

image is not available

image is not available

Situasi halal untuk cakap macam tu

image is not available

Dalam pada itu, ada juga yang berkata mereka turut mempunyai pengalaman yang kurang menyenangkan apabila berurusan dengan warga Cina dari China.

Warga China tanah besar memang susah untuk bertoleransi

image is not available

Saya baru alami benda ni

image is not available

Sebagai pekerja retail, PRC memang paling menjengkelkan

image is not available

Peraturan asas kot, tak tahu kenapa ada yang susah sangat nak ikut….

Sumber: X @ShamaaKoussa