Potong bayaran, tamat kontrak jika gagal kutip sampah ikut jadual

LocalEnvironment
29 Jul 2026 • 7:23 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Potong bayaran, tamat kontrak jika gagal kutip sampah ikut jadual

KUALA TERENGGANU: Bermula hari ini, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) memperketat pemantauan terhadap kontraktor yang dilantik bagi memastikan operasi kutipan sampah termasuk di Pulau Redang, dekat sini dilaksanakan mengikut jadual ditetapkan.

Datuk Bandar Kuala Terengganu, Lizan Che Mat berkata, tindakan tegas termasuk pemotongan bayaran dikenakan sekiranya kontraktor gagal mematuhi jadual kutipan.

“Jika kegagalan berterusan, MBKT tidak teragak-agak menamatkan lantikan kontraktor berkenaan bagi memastikan perkhidmatan kutipan sampah tidak terjejas,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Lizan berkata, pihaknya te­rus memantau kerja-kerja pembersihan oleh kontraktor yang dilantik supaya isu lambakan sampah dapat diatasi.

Sementara itu, beliau berkata, semua 20 tan metrik sampah di Pulau Redang dijangka dapat dikutip dan dibawa keluar menerusi operasi khas yang dipertingkatkan.

Menurutnya, sebuah tongkang bergerak ke Pulau Redang pagi semalam bagi mengangkut baki sampah sebelum dilupuskan di Pusat Pelupusan Sisa Pepejal Sungai Ikan, dekat sini.

“Sehingga kini, hampir 13 tan metrik sampah dikutip daripada anggaran keseluruhan 20 tan metrik manakala baki sekitar 10 tan metrik akan diselesaikan petang ini (semalam).

“Sebuah tongkang dihantar ke Pulau Redang bagi menyelesaikan operasi pengangkutan baki sampah di pulau itu,” katanya. – UTUSAN

The post Potong bayaran, tamat kontrak jika gagal kutip sampah ikut jadual appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved