“Potong Tangan Anda, Saya Nak Beli” – Barang Lee Min Ho Ketika Di Malaysia Untuk Dijual.

4 Oct 2022 • 12:47 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Baru-baru ini, pelakon popular dari Korea Selatan, Lee Min Ho telah dijemput ke negara kita sempena Konsert Ulang Tahun Cuckoo Appreci8th di Stadium Axiata Arena. Pelakon terkenal ini dijemput sebagai salah satu duta bagi jenama penapis air terkenal, Cuckoo.

Menerusi drama Boys Over Flowers dan The King: Eternal Monarch, kedatangan Lee Min Ho ini disambut teruja dengan peminat-peminat yang berada di Malaysia. Namun begitu, gelagat peminat-peminat dapat bersalaman dan bergambar telah menarik perhatian ramai.

Jangan basuh tangan tu

Pengacara majlis ketika itu, Radin berasa teruja dapat bersalaman dengan pelakon terkenal itu. Rata-rata komen dari warga media juga mengatakan bahawa tangan tersebut tidak perlu dibasuh, malah ada juga yang mengatakan untuk membeli tangan tersebut.

Bang radin sila potong tangan anda, saya nak beli.

Jangan basuh tangan tu nanti hilang bau Lee Min Ho HAHAHAHAHAHA.

Bukan sahaja tangan, tular juga di media sosial beberapa barangan seperti telefon, kerusi, mikrofon, bekas letak beg di lapangan, dan juga termasuk lantai.

Macam-macam gelagat warga media ketika kedatangan pelakon terkenal ini. Semoga Lee Min Ho akan datang lagi nanti di masa hadapan.

Kredit : Instagram Radin Era / TikTok Aqish Bahrum

+Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media