Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Bila berdepan dengan situasi yang mencemaskan atau ditimpa kesusahan ketika di jalan raya, kebiasaannya orang lelakilah yang akan ke hadapan menghulurkan bantuan.
Apatah lagi jika situasi itu melibatkan kerosakkan kenderaan seperti kereta atau motosikal.
Enjin Mati Di Lampu Isyarat, Wanita Terus Hulur Bantuan Hidupkan Enjin Motosikal
Namun, berbeza pula dengan seorang wanita ini apabila dia sendiri yang menghulurkan bantuan membantu menghidupkan enjin sebuah motosikal dipercayai milik seorang warga emas.
Perkara itu dikongsikan oleh seorang pengguna di Threads @valenne.ooi yang kebetulan menyaksikan momen tersebut.
Kongsi pengguna yang dikenali sebagai Valenne, dia memuji tindakan wanita berkenaan kerana segera membantu warga emas yang digelar sebagai uncle itu.
“Kudos kepada akak yang bantu uncle untuk start motor yang mati enjin. Tak ragu langsung akak henti ke tepi dan bantu,” jelasnya.
Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan wanita berkenaan terus menolak tongkat motosikal terbabit dan cuba menghidupkan enjin kenderaan itu menggunakan kakinya beberapa kali.
Enjin Berjaya Dihidupkan Sebelum Lampu Isyarat Berubah Jadi Warna Hijau
Pada ketika itu, dapat dilihat lampu isyarat berwarna merah dan beberapa pengguna lain juga sedang berada di persimpangan tersebut.
Setelah beberapa kali percubaan, wanita itu berjaya menghidupkan enjin motosikal individu berkenaan.
Apa yang menjadi perhatian adalah enjin itu berjaya dihidupkan pada masa yang tepat iaitu beberapa saat lampu isyarat berubah menjadi hijau.
“Timing ngam-ngam, lepas enjin hidup balik baru lampu isyarat jadi hijau. Salam Jumaat. This is Malaysia,” tulis pengguna tersebut.
Difahamkan, insiden berkenaan berlaku di persimpangan lampu isyarat berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Ara, Bayan Lepas, Pulau Pinang.
View on Threads
Ramai Puji Tindakan Wanita Bantu Hidupkan Enjin Motosikal
Perkongsian yang telah mendapat lebih 221,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji tindakan wanita terbabit yang pantas dan tidak ragu menghulurkan bantuan kepada uncle yang memerlukan.
Tidak kurang juga ada yang mendoakan kebaikan buat diri wanita itu dek kerana perbuatan baiknya terhadap warga emas berkenaan.
Ini antara komen menarik pengguna Threads:
“Kalau Perempuan Bawa Motor Sampai Tahap Kau Pula Tolong Orang Hidupkan Enjin, Kau Memang Power Kak!”
![Image from: “Power Akak Ni” – Wanita Bantu Uncle Hidupkan Enjin Motosikal Di Lampu Isyarat Raih Pujian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/07/wanita-bantu-hidupkan-enjin-motosikal_netizen_4.jpg)
“Ini Bukan Hero, Ini Heroin Yang Muncul Sebagai Penyelamat”
![Image from: “Power Akak Ni” – Wanita Bantu Uncle Hidupkan Enjin Motosikal Di Lampu Isyarat Raih Pujian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/07/wanita-bantu-hidupkan-enjin-motosikal_netizen_1.jpg)
“Bestnya Tengok Power Woman Macam Ni”
![Image from: “Power Akak Ni” – Wanita Bantu Uncle Hidupkan Enjin Motosikal Di Lampu Isyarat Raih Pujian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/07/wanita-bantu-hidupkan-enjin-motosikal_netizen_5.jpg)
Baca Artikel Berkaitan: Wanita Sanggup Pandu Kereta Dengan Perlahan Demi Bantu Warga Emas Lalu Jalan Gelap [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Terbaik Tuan”- Tindakan Polis Trafik Bantu Warga Emas Ketika Motosikal Rosak Raih Pujian Ramai [Video]





![Ramai Berang Wanita Kena Buli Dengan Nissan Navara, Hanya Kerana Tekan Hon Sebab Nak Pemandu Alert [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/06/Tekan-Hon-Sebab-Nak-Pemandu-Alert-Wanita-Kena-Buli-Dengan-Nissan-Navara-800x467.jpg?t=1781059453)