”Power lah” – Tekaan Tepat 3 Kali Berturut-turut, Cara Adik Ini Dapat Duit Raya Buat Orang Ramai Terpegun

Entertainment
20 Apr 2024 • 12:58 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Selepas sepuluh hari kita menyambut Aidilfitri, kehangatannya itu masih terasa. Maklumlah, raya kan sebulan. Yang seronok pastinya anak-anak lah kan. Waktu inilah boleh kumpul duit raya banyak-banyak.

Sekarang ni makin banyak cara untuk bagi duit raya. Macam-macam cara kreatif yang melibatkan permainan kita boleh tengok sepanjang sambutan Syawal ni. Ada satu min nak share harini, teka botol dapat duit raya.

Yang bestnya, adik ni menang banyak, memang berkepuk lah duit raya dia. Korang boleh tengok video @ajipsafwan dibawah.

Power lah

Fuhh adik ni memang hebat lah main teka-teka. Dapat hatrick tu, kita nak teka satu pun belum tentu kan.

image is not availableItulah, min nampak gak dia dah nak letak dekat sebelah kiri. Tapi last minit tukar pulak ke tempat lain terus tak jadi salah. Takpe lah dik, teka tiga tempat tu pun kira hebat dah.

image is not availableKannn… adik ni ada tangan bertuah. Kalau bawa dia pegi cabutan bertuah, silap haribulan boleh menang grand prize. Beruntung betul.

image is not availableSebenarnya kemeriahan macam ni lah yang buat Hari Raya kita best. Berkumpul sanak saudara, main game seronok-seronok, confirm jadi kenangan yang tidak boleh dilupakan.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.