Power Root beli tanah RM25 juta di Johor Bahru

Business & Finance
28 Jun 2023 • 9:16 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Power Root beli tanah RM25 juta di Johor Bahru

diyana

28/06/2023 - 09:16

KUALA LUMPUR 27 Jun - Power Root Bhd membeli 116 bidang tanah pembangunan kediaman pegangan bebas, berjumlah kira-kira 771,949 kaki persegi di Johor Bahru dengan wang tunai RM25 juta.

Melalui anak syarikatnya Alicafe Sdn Bhd, ia telah menandatangani perjanjian jual beli dengan GreatEarth Development (Molek) Sdn Bhd semalam, menurut makluman kepada Bursa Malaysia semalam.

GreatEarth terlibat dalam aktiviti pembina, kontraktor dan peniaga dalam kerja pembinaan dan kejuruteraan serta pembangunan hartanah

Syarikat itu kini sedang menjalani proses penggulungan, diselia oleh pelikuidasi Victor Saw Seng Kee dari PricewaterhouseCoopers Advisory Services Sdn Bhd.

Pengarah GreatEarth ialah Chang Chew Kient dan Fatimah Abdul Sukor.

“Pembelian akan dibiayai oleh dana atau pinjaman yang dijana secara dalaman,” katanya.

Power Root berkata cadangan pengambilalihan tersebut akan menjana potensi pulangan yang lebih baik pada kelas aset kumpulan dan mengembangkan asas pendapatannya, sama ada melalui pelupusan atau pembangunan tanah tersebut.

Cadangan pengambilalihan itu, yang dijangka selesai dalam tempoh enam bulan dari tarikh perjanjian, akan memberi kesan positif terhadap prestasi kewangan masa depan Power Root.

Pada waktu penulisan, saham Power Root didagangkan pada RM2.11, memberikannya nilai pasaran RM1.01 bilion.- DagangNews.com