Pra-tempahan Acer Predator Helios 16S AI Juga Dibuka – Berharga RM11,999

TechnologyDigital
29 Apr 2025 • 7:13 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Acer Malaysia telah mengumumkan pembukaan pra-tempahan komputer riba gaming kelas premium Acer Predator Helios 18 AI yang berharga RM19,999. Tidak dinafikan bahawa ia sangat berkuasa, akan tetapi tanda harganya mungkin terlalu mahal untuk ramai orang.

image is not available

Dengan itu, Acer Malaysia telah memperkenalkan sebuah lagi komputer riba gaming kelas premium, iaitu Acer Predator Helios 16S AI. Ia adalah sebuah komputer riba gaming dengan paparan skrin OLED bersaiz 16 inci dan resolusi 2K dan kadar segar semula 240Hz.

image is not available

Ia tampil menggunakan cip pemprosesan Intel Core Ultra 9 275HX dan dipadankan dengan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 5070 Ti dan mempunyai 32GB memori DDR5 dan storan SSD sebesar 1TB. menyejukkan komputer riba ini ialah gabungan kipas penyejukan Aeroblade 3D generasi ke-5 dan juga bahan logam cecair yang membantu dalam mengalirkan haba dari komponen-komponen CPU dan kad grafik dengan cekap.

image is not available

Sama seperti Acer Predator Helios 18 AI juga, komputer riba ini juga tampil dengan sokongan untuk sambungan internet nirwayar WiFi7, sambungan peranti nirwayar Bluetooth 5.4. Ia juga hadir dengan rekaan rangka setebal 12mm pada bahagian paling nipis, dan adalah sebuah komputer riba berprestasi tinggi yang boleh dibawa pengguna untuk berjalan-jalan.

image is not available

Seperti yang dikatakan sebelum ini, pra-tempahan untuk komputer riba Acer Predator Helios 16S AI ini sudah dibuka, dan akan dijual pada harga RM11,999 melalui gedung atas talian Acer eStore, Shopee dan Lazada. Ia juga tampil dengan promosi pembelian dengan pembelian dimana anda boleh mendapatkan sebuah paparan skrin IPS 27 inci pada harga RM35 sahaja.