Pra-tempahan Pembesar Suara Sony Pulse Elevate Akan Dibuka 2 September Ini Pada Harga RM1099

LocalTechnology
19 Aug 2026 • 5:22 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sony mengumumkan bahawa pra-tempahan untuk pembesar suara untuk konsol PlayStation 5 mereka, yang dinamakan Sony Pulse Elevate akan dibuka bermula 1 September 2026 ini. Untuk mereka yang tidak tahu, pembesar suara ini telah diumumkan kira-kira setahun lalu, tetapi tidak banyak yang diketahui mengenainya sehingga kini.

Image from: Pra-tempahan Pembesar Suara Sony Pulse Elevate Akan Dibuka 2 September Ini Pada Harga RM1099

Pembesar suara ini boleh disambungkan ke konsol PlayStation 5 secara nirwayar, dan hadir dengan pemandu audio magnetik planar yang mana Sony mengatakan ia mampu mengolah audio pada kualiti sama seperti apa yang diilhamkan oleh pembangun-pembangun permainan.

Image from: Pra-tempahan Pembesar Suara Sony Pulse Elevate Akan Dibuka 2 September Ini Pada Harga RM1099

Walaupun pembesar suara ini hadir dengan rekaan satelit 2.0, kedua-dua bahagian satelit ini hadir dengan subwoofer terbina untuk kualiti bass yang mendalam, dan mikrofon yang terbina bukan sahaja boleh menangkap suara anda dengan jelas, tetapi juga cukup baik untuk membatalkan bunyi hingar apabila anda bercakap dengan rakan-rakan anda dalam permainan.

Image from: Pra-tempahan Pembesar Suara Sony Pulse Elevate Akan Dibuka 2 September Ini Pada Harga RM1099

Walaupun pembesar suara Sony Pulse Elevate ini dipasarkan sebagai pembesar suara khas untuk Sony PlayStation 5, ia juga boleh disambungkan ke peranti-peranti lain seperti PlayStation Portal, komputer PC, Mac dan lain-lain melalui sambungan Bluetooth. Sony juga ia menyokong sambungan nirwayar Multipoint yang membolehkannya disambungkan ke dua atau lebih peranti secara sekaligus.

Image from: Pra-tempahan Pembesar Suara Sony Pulse Elevate Akan Dibuka 2 September Ini Pada Harga RM1099

Buat masa ini, spesifikasi tambahan seperti jangkahayat bateri pembesar suara ini tidak diketahui lagi, tetapi apa yang diketahui ialah pembesar suara ini sudahpun disenaraikan di laman web PlayStation Malaysia. Menurut kenyataan yang dikeluarkan Sony, pembesar suara Sony Pulse Elevate ini akan dijual pada harga RM1099. Sama seperti negara-negara lain, pra-tempahan akan dibuka pada 2 September 2026, dan akan dijual secara rasmi pada 12 November 2026 kelak.

Sumber: PlayStation Blog, PlayStation Malaysia

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved