Pramugara ke mahkamah lagi didakwa membunuh pekerja penyelenggaraan

28 Oct 2026 • 2:28 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pramugara ke mahkamah lagi didakwa membunuh pekerja penyelenggaraan

Image from: Pramugara ke mahkamah lagi didakwa membunuh pekerja penyelenggaraan

KUALA LUMPUR – Seorang pramugara yang sebelum ini didakwa atas pertuduhan Akta Pengangkutan Jalan (APJ) yang menyebabkan kematian seorang pekerja penyelenggaraan, dituduh semula di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh.

Tertuduh Mohd. Iman Nafiz Fong Mohd. Sabirin, 26, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret MS Arunjothy.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan memandangkan kes berkenaan berada dibawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah membunuh Faris Irfan Fazli,29, di Lebuh Raya Sultan Iskandar menghala ke Jalan Parlimen di sini pukul 4.09 pagi pada 24 Oktober lalu.

Justeru pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun dan sebatan tidak kurang 12 kali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Fadhly Mohd. Zamry manakala tertuduh diwakili peguam Mohd. Anif Rafih.

Tiada jaminan dibenarkan dan mahkamah menetapkan 30 November ini ditetapkan sebutan semula kes.

Sebelum ini, pada Isnin lalu Mohd. Iman Nafiz didakwa dan mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Atiqah Mohamed@Mohamad Saim atas pertuduhan memandu kereta dalam pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian terhadap Faris Irfan.

Mengikut pertuduhan itu tertuduh didapati telah memandu kereta jenis Ford Focus Sport dengan alkohol sebanyak 64 miligram(mg)/100 mililiter dalam darah, melebihi had yang ditetapkan iaitu sebanyak 50mg/100ml dan menyebabkan kematian kepada Faris Irfan.

Bagi pertuduhan pertama itu pendakwaan dikemukakan mengikut di bawah seksyen 44(1)(b) akta pengangkutan jalan 1987 (pindaan 2020) yang boleh dihukum di bawah seksyen 44(1)(b) akta yang sama.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan pemenjaraan tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 15 tahun dan denda tidak kurang RM50,000 dan tidak lebih RM100,000 jika sabit kesalahan.

Selain itu tertuduh boleh hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan suatu lesen memandu selama tempoh tidak kurang 10 tahun dari tarikh sabitan.

Di Mahkamah Majistret pada Isnin lalu itu juga tertuduh turut berdepan memandu kereta dan kandungan alkohol sama telah menyebabkan kecederaan kepada Ahmad Zakiyamani Zakaria@Yusuff, 49, yang didakwa mengikut Seksyen 44(1a)(b) akta sama yang boleh dihukum di bawah seksyen 44(1a)(b).

Hukuman bagi pertuduhan kedua memperuntukkan pemenjaraan tidak kurang daripada tujuh tahun dan tidak lebih daripada 10 tahun dan denda tidak kurang daripada RM30,000 dan maksimum RM50,000 selain hilang kelayakan memegang lesen yang sama.

Sebelum ini Kosmo! melaporkan seorang penyelia kerja pemasangan papan tanda maut selepas dirempuh sebuah kereta yang dipercayai hilang kawalan di Lebuh Raya Sultan Iskandar di sini.

Dalam kejadian itu, mangsa berusia 28 tahun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan, manakala seorang lagi pekerja lelaki berusia 49 tahun cedera di kepala dan tangan kanan. – KOSMO! ONLINE

The post Pramugara ke mahkamah lagi didakwa membunuh pekerja penyelenggaraan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved