Pramugara popular santuni jemaah haji, Hafeez Al Bukhary dilapor kritikal

LocalHealth & Fitness
2 Jul 2026 • 4:27 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Pramugara popular santuni jemaah haji, Hafeez Al Bukhary dilapor kritikal
Pramugara Malaysia Airlines yang tular di media sosial, Hafeez Al Bukhary Zulkefly, dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas berjuang melawan kanser usus tahap empat.
Image from: Pramugara popular santuni jemaah haji, Hafeez Al Bukhary dilapor kritikal
Semakan di laman Facebook dan Instagram Hafeez mendapati hantaran terakhir adalah pada 22 Jun lalu, memberitahu beliau sedang menjalani rawatan di hospital, dan tidak boleh menerima sebarang lawatan.
Image from: Pramugara popular santuni jemaah haji, Hafeez Al Bukhary dilapor kritikal
Pada Ogos tahun lalu, Hafeez mendedahkan beliau disahkan menghidap kanser kolon atau kanser usus tahap empat menerusi satu perkongsian di Instagram.
Image from: Pramugara popular santuni jemaah haji, Hafeez Al Bukhary dilapor kritikal
Hafeez meraih perhatian ramai menerusi kandungan berkaitan kerjayanya sebagai pramugara, termasuk perkongsian pengalaman mengendalikan penumpang dan jemaah haji sepanjang penerbangan.

KUALA LUMPUR - Pramugara Malaysia Airlines yang tular di media sosial, Hafeez Al Bukhary Zulkefly, dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas berjuang melawan kanser usus tahap empat.

Perkembangan mengenai keadaan Hafeez dikongsikan sepupunya, Hani Mishan menerusi hantaran di platform Threads pada Rabu.

Menurut Hani, Hafeez kini telah dibawa pulang ke kampung halamannya di Perak selepas kesihatannya dilaporkan semakin merosot.

**media[3569280]**

“Sepupu saya kini berada dalam keadaan kritikal dan sudah dibawa pulang ke kampungnya di Perak. Marilah kita bersama-sama mendoakan agar dia sembuh daripada kanser,” katanya menerusi hantaran berkenaan.

Semakan di laman Facebook dan Instagram Hafeez mendapati hantaran terakhir adalah pada 22 Jun lalu, memberitahu beliau sedang menjalani rawatan di hospital, dan tidak boleh menerima sebarang lawatan.

"Hanya keluarga terdekat sahaja yang dibenarkan. Keadaan Hafeez stabil tetapi sedkit lemah. Doakan kesihatan Hafeez," menurut hantaran itu.

**media[3569279]**

Sementara itu, penyanyi Zarul Umbrella yang juga pengacara podcast Borak Dalam Galley (BDG) turut memohon orang ramai mendoakan kesejahteraan Hafeez selepas menerima khabar mengenai keadaan rakannya itu.

Menurut Zarul, Hafeez sebelum ini pernah menjadi tetamu dalam podcast kendaliannya dan dikenali ramai dalam kalangan komuniti penerbangan.

“Baru saja menerima perkhabaran duka, rakan kami Hafeez yang pernah muncul dalam podcast BDG sebelum ini dalam keadaan kritikal. Saya dan pasukan BDG berharap orang ramai dapat sama-sama mendoakan kesembuhannya,” katanya.

**media[3569281]**

Pada Ogos tahun lalu, Hafeez mendedahkan beliau disahkan menghidap kanser kolon atau kanser usus tahap empat menerusi satu perkongsian di Instagram.

Dalam hantaran itu, beliau berkata menerima ujian berkenaan dengan penuh reda serta percaya setiap dugaan yang diberikan mempunyai hikmah tersendiri.

Hafeez meraih perhatian ramai menerusi kandungan berkaitan kerjayanya sebagai pramugara, termasuk perkongsian pengalaman mengendalikan penumpang dan jemaah haji sepanjang penerbangan.

Keperibadiannya yang mesra serta sentiasa mengukir senyuman ketika bertugas menjadikan beliau antara figura media sosial yang disenangi pengikutnya.- Awani 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved