Pramugari Berdepan Tindakan Tatatertib Gara-gara Azfarheri Tayang Dapat Sekampit Kacang?

Entertainment
7 Sep 2022 • 1:10 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Menjadi terkenal ni ada banyak juga kelebihannya. Kadang-kadang tu akan adalah peminat yang beri macam-macam benda dekat kita dan mungkin dapat juga layanan yang lebih istimewa bila pergi sesuatu tempat.

Macam baru-baru ini, nama seorang influencer Azfarheri telah disebut-sebut ramai selepas dia memuat naik ciapan menunjukkan dia telah mendapat kacang masin Malaysia Airlines (MAS) dari seorang pramugari ketika menaiki penerbangan MAS.

Ekoran perkongsiannya ini, ramai yang turut merasa tak puas hati apabila Azfarheri dapat kacang yang sebegitu banyak tapi untuk orang biasa, hanya dapat satu bungkus sahaja.

Malah, sebelum ini Zarul Umbrella yang juga bekas pramugara MAS turut memberikan komennya mengenai isu ini. Katanya, jika ikut SOP, seorang penumpang hanya akan dapat satu bungkus.

Semalam pula, tular satu ciapan mendakwa pramugari MAS yang beri kacang yang banyak kepada Azfarheri itu sedang berdepan dengan tindakan tatatertib dan kemungkinan akan dibuang disebabkan telah melanggar etika bekerja. Alamak betul ke ni?

Malah dikatakan, ekoran tular posting dari Azfarheri itu juga, ramai yang menaiki penerbangan MAS mula minta kacang sebanyak itu dan pertikai bila tak dapat.

image is not available

Netizen di media sosial juga turut mengecam tindakan influencer ini kerana membuat posting seperti ini sehingga boleh menjejaskan kerjaya orang lain.

image is not available

Bagaimanapun, netizen yang memuat naik mengenai pramugari bakal dikenakan tindakan tatatertib ini telah pun memadamkan ciapannya.

Manakala Azfarheri setakat ini masih belum memberikan apa-apa komen mengenai isu ini.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.