Huawei melancarkan MatePad Air iaitu sebuah tablet dengan rekaan ringan dan nipis yang digabungkan bersama perisian AI terkini. Ia ditawarkan sebagai pilihan untuk pengguna moden yang mahukan kemudahan dalam bentuk mudah alih.

MatePad Air hadir dengan paparan OLED PaperMatte Display bersaiz 12 inci, resolusi 2800 × 1840 dan ketumpatan 275 PPI. Tubuh tablet berketebalan hanya 5.3 mm dengan berat 509 g. Reka bentuk aluminium unibody memberi rasa premium, manakala pilihan warna Sakura Pink, Airy Blue dan White menambah gaya moden.

Dari segi prestasi, ia dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Butiran cip tidak dinyatakan, namun bateri berkapasiti 10,000 mAh dengan sokongan pengecasan 66W memastikan penggunaan seharian lebih praktikal. Sistem kamera terdiri daripada kamera utama 50MP dengan LED flash serta kamera swafoto 12MP.
Pada bahagian perisian, MatePad Air hadir dengan versi PC‑level WPS Office yang menyokong format Microsoft Office serta ciri AI. Ia juga dilengkapi aplikasi GoPaint untuk lukisan digital dan Huawei Notes bagi mencatat nota semasa mesyuarat atau kelas.

Huawei telah membuka pratempahan untuk MatePad Air di Malaysia. Buat masa ini, harga jualan rasmi masih belum diumumkan. Pelanggan boleh membuat deposit sebanyak RM100 untuk mengesahkan tempahan awal. Sebagai tarikan tambahan, Huawei menawarkan rebat RM500 serta hadiah percuma bernilai sehingga RM 4,003 bagi setiap pratempahan.
Sumber – Buy HUAWEI MatePad Air




