Pratempahan Monitor Gaming Samsung Odyssey OLED 2026 Dibuka Di Malaysia – Harga Bermula RM4599

TechnologyGaming
9 Apr 2026 • 2:13 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung kini membawa masuk barisan monitor gaming Odyssey OLED 2026 ke pasaran Malaysia. Ianya merangkumi model 32″ Odyssey OLED G7 G73SH 4K 165Hz pada harga jualan RM4,599. Sementara itu, Odyssey OLED G8 G80SH 4K 240Hz pula ditawarkan pada harga RM5,499 untuk skrin 27″ dan RM5,999 untuk skrin 32“.

image is not available

Sempena pelancaran ini, Samsung turut mengadakan promosi ‘Bundle‑Deal’ eksklusif bermula sekarang hingga 28 April 2026. Tawaran ini merangkumi hadiah seperti T420 Soundbar bernilai RM649 dan B450 Soundbar bernilai RM999 secara eksklusif untuk pembelian daripada Shopee serta kedai rasmi dalam talian Samsung.

image is not available

Odyssey OLED G7 G73SH hadir sebagai monitor dengan sokongan Dual‑Mode Resolution. Melaluinya, pengguna boleh menukar antara resolusi 4K pada kadar segar semula 165Hz atau FHD pada kadar segar semula 330Hz. Monitor ini turut menawarkan masa tindak balas 0.03ms GTG.Panel OLED yang digunakan menyokong nisbah aspek 16:9 serta menerima pensijilan VESA DisplayHDR True Black 400 dan HDR10+. Ia juga menyokong teknologi FreeSync Premium Pro. Dari segi sambungan, monitor ini dilengkapi port DisplayPort 1.4, HDMI 2.1 dan bicu audio

image is not available

Odyssey OLED G8 G80SH hadir dengan dua pilihan saiz skrin, iaitu 27 inci atau 32 inci. Selain perbezaan saiz, spesifikasi kedua‑duanya adalah sama termasuk paparan 4K, kadar segar semula 240Hz, masa tindak balas 0.03ms GTG dan panel OLED rata. Model ini turut menerima pensijilan VESA DisplayHDR True Black 500 dan HDR10+ Gaming, serta menawarkan kecerahan puncak sehingga 1,000 nits. Pilihan I/O Odyssey G80SH dilengkapi port DisplayPort 2.1, dua port HDMI 2.1, port USB‑C (PD 98W), port USB‑A 3.2 Gen1 dan bicu audio.