

Predator Piston Project kembali ke pentas perlumbaan dengan misi yang cukup berwarna di MSF Merdeka 111 Laps Endurance Challenge! Tahun ini, pasukan ini tampil unik kerana menghimpunkan pelumba dari Malaysia , Singapura dan Thailand dalam barisan jentera mereka.
Super Production
Dalam kelas ini, Predator Piston Project mempertaruhkan:
Honda Fit GK5 #217 – Jonathan Xie & Kian Wee
Standard Production
Barisan pelumba Standard Production pula terdiri daripada:
Honda Grace GM6 #17 – Roni Risman & Trey Tan
Honda Fit GK5 #27 – Yong & Gem
Gabungan pelbagai negara ini menjadikan Predator Piston Project antara pasukan dengan identiti paling antarabangsa dalam cabaran endurance kali ini.
Bukan itu sahaja, pasukan ini turut membariskan skuad Suzuki Swift Troopers yang akan turun dalam kategori Standard Production Max:
Kereta #94 – Lim Yao Huang, Son Chee Chong & Norman Client
Kereta #79 – Robert Chua & Farah Irdina
Kereta #43 – Chloe Lim & Sherwin Yap
Lebih istimewa, Kereta #43 merupakan sebahagian daripada program pembangunan bakat Piston Project – dan ini akan menjadi perlumbaan debut mereka di arena endurance!
Dengan barisan jentera yang pelbagai, pelumba muda berbakat, serta semangat juang antarabangsa, Predator Piston Project benar-benar membawa warna baharu ke MSF Merdeka 111 Laps Endurance Challenge.
Sama ada beraksi untuk podium atau menimba pengalaman pertama, setiap detik di litar bakal jadi saksi perjalanan menarik pasukan ini.
Teruskan Bersama Four Wheels..!
The post Predator Piston Project Bawa Warna Baharu ke MSF Merdeka 111 Laps Endurance Challenge appeared first on TW Media.
