Premier Berharap Pengambilalihan MASWings Direalisasikan Sebelum Hari Raya Aidilfitri 2025

27 Jan 2025 • 8:08 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Sarawak bakal miliki syarikat penerbangan sendiri sebelum Hari Raya 2025?

Premier Berharap Pengambilalihan MASWings Direalisasikan Sebelum Hari Raya Aidilfitri 2025. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, mengumumkan bahawa rancangan untuk mengambil alih MASwings semakin hampir menjadi kenyataan.

Beliau berharap bahawa proses ini akan diselesaikan sebelum Hari Raya Aidilfitri, yang dijangka disambut pada 31 Mac 2025. Langkah ini dilihat sebagai pencapaian besar dalam usaha negeri Sarawak untuk mempunyai syarikat penerbangan sendiri.

image is not available
Premier Berharap Pengambilalihan MASWings Direalisasikan Sebelum Hari Raya Aidilfitri 2025. Gambar hiasan.

“Saya amat berharap selepas Tahun Baharu dan sebelum Hari Raya Puasa, kita dapat merealisasikan impian kita untuk memiliki syarikat penerbangan kita sendiri melalui pengambilalihan MASwings daripada Malaysia Aviation Group (MAG),” kata Abang Johari dalam perutusan Tahun Baharu Cina, menurut laporan media tempatan.

Beliau turut menjelaskan bahawa proses penilaian sudah selesai dan perjanjian untuk pengambilalihan itu akan ditandatangani tidak lama lagi.

Apa Perancangan Seterusnya?

Sarawak dilaporkan mempunyai visi besar untuk membangunkan model perniagaan penerbangan yang disesuaikan dengan keperluan negeri tersebut. Ini termasuk perancangan untuk membina lapangan terbang antarabangsa ultra-moden di Kuching, yang bertujuan untuk menjadikan Sarawak sebagai hab penerbangan serantau yang kompetitif.

Dengan ini, Sarawak bukan sahaja bakal memiliki syarikat penerbangan sendiri, malah mampu menarik lebih banyak pelancong dan peluang pelaburan.

“Ini adalah langkah besar untuk meletakkan Kuching sebagai pusat penerbangan di rantau ini,” katanya.

Pesanan Istimewa Sempena Tahun Baharu Cina

Mengakhiri perutusannya, Abang Johari turut menyampaikan ucapan khas kepada komuniti Cina di Sarawak. Beliau menggalakkan semua rakyat untuk meraikan perayaan ini dalam suasana harmoni dan saling menghormati.

“Kepada rakan-rakan Cina, saya mengucapkan kegembiraan dan kemakmuran sempena Tahun Baharu. Kepada komuniti lain, saya galakkan anda melawat rakan-rakan Cina untuk mengeratkan perpaduan,” katanya.

Harapan untuk Masa Depan

Jika pengambilalihan MASWings berjalan lancar, negeri ini bakal mencapai satu lagi pencapaian besar dalam usaha memperkukuhkan ekonomi dan identiti mereka di peringkat serantau.

Adakah ini permulaan era baru bagi industri penerbangan di Sarawak? Sama-sama kita nantikan!

Baca juga artikel yang pernah kami terbitkan mengenai pengambilalihan MASWings: