Premium Dan Mewah, Netizen Kagum Lihat Video TikTok Rumah Panjang Moden Di Sarawak Ini

22 Feb 2023 • 9:07 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Memang mewah dan premium lah rumah panjang ni!

Premium Dan Mewah, Netizen Kagum Lihat Video TikTok Rumah Panjang Moden Di Sarawak Ini. Sebut sahaja mengenai rumah panjang pasti ramai menggambarkan rumah kayu yang berpuluh-puluh tahun atau ratusan tahun usianya serta dibina secara memanjang di kawasan pedalaman Sarawak kan?

Rumah panjang merupakan rumah tradisi kaum Iban di Sararawak yang dibina secara memanjang dan mempunyai keistimewaan tersendiri dari segi keselamatan dan kebudayaan.

image is not available
Premium Dan Mewah, Netizen Kagum Lihat Video TikTok Rumah Panjang Moden Di Sarawak Ini. Foto tangkap layar dari TikTok @lakeknyam

Semakin banyak rumah panjang moden zaman ini

Seiring dengan dengan perubahan zaman pada masa kini, terdapat banyak rumah panjang di luar sana yang sudah semakin maju dari segi reka bentuk luaran dan dalamannya.

Untuk pengetahuan, rumah panjang moden ini masih lagi mengekalkan konsep rumah panjang di mana ianya dibina secara memanjang dan mempunyai banyak bilik yang bakal didiami oleh sesebuah keluarga.

Bezanya adalah ia dibina dengan menggunakan simen dan bata berbanding kayu, reka bentuknya pula lebih moden, mempunyai kemudahan, kemudahan yang selesa serta mempunyai bekalan elektrik yang tidak menggunakan generator.

image is not available
Foto tangkap layar dari TikTok @lakeknyam

Video rumah panjang moden di TikTok raih jutaan tontonan

Di TikTok, seorang pengguna media sosial ini telah berkongsi sebuah video di mana dia menunjukkan suasana rumah panjang moden di Sarawak.

Video dengan tontonan 2.6 juta (setakat artikel ini ditulis) tersebut kemudiannya telah menarik perhatian ramai netizen di mana mereka rata-ratanya berasa kagum dengan rumah panjang moden berkenaan.

Rumah panjang moden berkenaan bukan sekadar besar malah ia juga mempunyai kolam serta ruang tamu luas yang dilengkapi dengan perabot-perabot yang mewah!

Baca komen netizen di sini:

image is not available
Foto tangkap layar dari TikTok @lakeknyam

image is not available
Foto tangkap layar dari TikTok @lakeknyam

image is not available
Foto tangkap layar dari TikTok @lakeknyam

image is not available
Foto tangkap layar dari TikTok @lakeknyam

Kini semakin banyak rumah panjang yang dibina secara moden di Sarawak. Kalau anda berkesempatan dan bertuah boleh melawati salah satu rumah panjang moden di sini, anda pasti akan berasa lebih kagum!

Ketahui lebih lanjut lagi mengenai rumah panjang moden dan rumah panjang asli di sini: