Presiden FAM jawab isu calon presiden MFL

LocalFootball
19 Oct 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

Presiden FAM jawab isu calon presiden MFL

Usaha Malaysia Football League (MFL) untuk mendapatkan calon terbaik bagi mengisi kerusi presiden difahamkan menjadi antara faktor utama penangguhan pelantikan presiden baharu.

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Ab Ghani Hassan, menjelaskan proses pemilihan presiden baharu MFL tidak boleh dibuat secara tergesa-gesa atau sekadar tangkap muat demi memastikan kelangsungan serta kestabilan pentadbiran Liga Malaysia (Liga-M).

"Yang pertamanya, (kriteria) presiden MFL mestilah seseorang yang tahu tentang bola sepak dan menguruskan liga.

"(Jawatan ini membabitkan) perkara berlainan kerana FAM menguruskan bola sepak negara dan MFL pula menguruskan pertandingan.

"MFL menjalankan liga komersial dan bertaraf profesional yang melibatkan beberapa peringkat liga. jadi sudah sesiapa yang mengambil alih jawatan presiden kelak, saya harap dapat merancang dan melaksanakan apa yang sepatutnya.

"Urusan ini datangnya daripada ahli pengarah MFL.

"Sudah tentu ia memerlukan masa untuk memilih seseorang yang mampu menerajui MFL, yang ada (kriteria) pengalaman mungkin atau membawa hala tuju baru," katanya.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved