“Presiden UMNO Tak Minta Saya Letak Jawatan” – Ini Respon Ahmad Maslan Selepas Kecoh Pantun ‘Kencing’ Di Parlimen [Video]

LocalPolitics
17 Nov 2026 • 10:22 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

“Presiden UMNO Tak Minta Saya Letak Jawatan” – Ini Respon Ahmad Maslan Selepas Kecoh Pantun ‘Kencing’ Di Parlimen [Video]

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan tampil memberi respon susulan desakan Ahli Parlimen (MP) Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan dan beberapa MP Pakatan Harapan (PH) lain yang mencabarnya supaya meletakkan jawatan dengan segera sekiranya tidak lagi sehaluan dengan Kerajaan Perpaduan.

Menurut Ahli Parlimen Pontian itu, pelantikannya sebagai Timbalan Menteri adalah atas cadangan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

‘4 Kali Kalah Ketika Bertanding PRN, Saya Faham Kenapa Ahli Parlimen PH Melenting Dengan Serangkap Pantun’ – Ahmad Maslan

Tambahnya, Presiden UMNO yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sendiri tidak memintanya untuk meletakkan jawatan.

“Saya faham parti MP itu terluka sebanyak 4 kali.

“Di Sabah, di Johor, di Negeri Sembilan dan terkini di Melaka. Jika di Sarawak pihak mereka bertanding, mungkin akan kalah kali ke-5. Mungkin.

“Maka saya faham hanya dengan serangkap pantun, mereka telah melenting. Saya tenang sahaja, seperti biasa, saya seorang yang tenang,” katanya menerusi kenyataan di Facebook semalam (16 November).

MP PH Desak Ahmad Maslan Letak Jawatan, Dakwa Pantun Berunsur Provokasi & Sindir PM

Sebelum ini, beberapa Ahli Parlimen PH meluahkan rasa kesal terhadap kenyataan Ahmad Maslan yang didakwa berunsur provokasi ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2027 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kerja Raya (KKR) di Dewan Rakyat semalam.

Ini termasuklah Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Aminuddin Harun; Ahli Parlimen Sri Gading, Aminolhuda Hassan; Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer; Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong dan Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan

“Saya nak cabar je Ahmad Maslan, kalau dah tak kena selera dengan kerajaan MADANI, kerajaan Perpaduan pada hari ini, saya cabar beliau letak jawatan.

“Letak jawatan segera, jangan rasa bongkak, takabur, sombong dan ego dengan kemenangan yang kamu perolehi di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

“Saya cabar beliau letak jawatan segera kerana sindir, perli dan juga maki Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim),” kata Mohd Sany.

View on Threads

Baca Artikel Berkaitan: [Rasmi] Senarai Penuh Keputusan PRN Melaka 2026 

Baca Artikel Berkaitan: Ab Rauf Angkat Sumpah Ketua Menteri Melaka Bagi Penggal Ke-2 [Video]

Ahmad Maslan Sentuh Soal Sokongan Terhadap BN-PN Ketika Menjawab Soalan Mengenai Penghapusan Tol

Ahmad Maslan sebelum ini telah menyentuh mengenai sokongan terhadap parti BN dan Perikatan Nasional (PN) ketika membahaskan isu penghapusan tol selepas mengakui terdapat beberapa janji yang masih belum ditunaikan.

“Ya, ada banyak lagi yang janji tak tertunai. Saya ada pantun tentang itu, hendak dengar ke tidak? Jika tuan pergi memancing, jangan lupa membawa umpan. Kalau tuan tak nak kena kencing, Sokong Barisan dan Perikatan,” katanya.

View on Threads

Ahmad Maslan berkata demikian bagi menjawab persoalan Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid yang membangkitkan isu mengenai janji penghapusan tol dan sama ada janji terbabit hanya dibuat bagi memenangi pilihan raya.

Pantun dibacakan Ahmad Maslan kemudiannya telah mencetuskan kemarahan RSN Rayer yang dalam masa sama mempersoalkan sama ada beliau memberikan jawapan tersebut sebagai seorang Timbalan Menteri atau pemimpin UMNO.

Ahmad Maslan Tarik Balik Penggunaan Perkataan ‘Kencing’, Nafi Ada Sebut PH

Selepas dinasihatkan Timbalan Speaker, Datuk Seri Dr Ramli Mohd Nor, Ahmad Maslan kemudian menarik balik penggunaan perkataan ‘kencing’, namun menafikan menyebut parti Pakatan Harapan dalam pantunnya.

Baca Artikel Berkaitan: “Kerusi Tak Boleh Kosong” – Dewan Rakyat Gamat Selepas Timbalan Speaker ‘Pindah’ Kerusi Ketika Bahas Belanjawan 2027 [Video]

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved