Sany Hamzan tempelak Ahmad Maslan, dakwa jawapan di Parlimen tiada nilai

LocalPolitics
17 Nov 2026 • 3:49 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Sany Hamzan tempelak Ahmad Maslan, dakwa jawapan di Parlimen tiada nilai
Sany Hamzan (kiri) dan Ahmad Maslan

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan menempelak jawapan yang diberikan oleh Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan di Dewan Rakyat pada Isnin.

Mohd Sany ketika mencelah ketika sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri mendakwa Ahmad sebagai tidak profesional.

"Jawapan semalam daripada timbalan menteri memang tidak ada nilai dan tidak ada harga.

"Syabas dan tahniah kita ucapkan kepada menteri yang menjawab soalan bagi pihak Kementerian Kerja Raya," katanya di Dewan Rakyat pada Selasa.

Sebelum ini, kekecohan tercetus ketika Ahmad menggulung perbahasan Belanjawan 2027 di peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kerja Raya.

Ahli Parlimen Pontian itu berkata, pemansuhan tol merupakan janji Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) tidak pernah membuat janji sedemikian.

Ahmad kemudiannya membacakan pantun yang menyeru orang ramai menyokong BN dan Perikatan Nasional (PN) jika tidak mahu "kena kencing", iaitu ungkapan yang membawa maksud ditipu.

Insiden itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang selain menjadi tumpuan perbahasan di Dewan Rakyat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved