Prestasi dan Konfigurasi Kirin 9050 Pro Kini Diketahui

Technology
5 Oct 2026 • 11:20 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Prestasi dan Konfigurasi Kirin 9050 Pro Kini Diketahui

Minggu lalu Huawei Mate 90 Pro Max dan Mate 90 RS dilancarkan dengan cip terkini Hisilicon Kirin 9050 Pro dengan ia menawarkan peningkatan prestasi serta yang pertama menggunakan  Hukum Penskalaan Tau τ. Markah penanda aras untuk Kirin 9050 Pro muncul di Geekbench menunjukkan prestasi serta konfigurasi cip ini.

Image from: Prestasi dan Konfigurasi Kirin 9050 Pro Kini Diketahui

Dalam ujian Geekbench, markah terbaik untuk satu teras ialah 1528 markah sementara dalam ujian multi teras pula ia mencatatkan 6169 markah. Konfigurasi CPU 9 teras pula pula ialah 1+2+4+2 dengan teras prestasi tinggi beroperasi pada kelajuan 3.1 GHz. Di bawah ialah beberapa markah penanda aras Geekbench menunjukkan prestasi Kirin 9050 Pro berbanding cip mercu utama di pasaran.

Ia masih bukan cip mercu paling berkuasa tetapi sekurang-kurangnya dapat mengalahkan Tensor G6 pada Pixel 11 Po Fold.

  • Apple iPhone 18 Pro – A20 Pro
  • Samsung Galaxy Z Flip8 – Exynos 2600
  • Google Pixel 11 Pro Fold – Tensor G6
  • Samsung Galaxy Z Fold7 – Snapdragon 8 Elite for Galaxy
  • Oppo Find X9 Ultra – Snapdragon 8 Elite Gen 5
  • Samsung Galaxy S26 Ultra – Snapdragon 8 Elite Gen 5 for Galaxy
  • Vivo X300 Pro – Dimensity 9500
  • Apple iPhone 17 Pro – A19 Pro
PerantiSatu TerasMulti Teras
Huawei Mate 90 Pro Max15286169
iPhone 18 Pro397311338
Samsung Galaxy Z Flip819235091
Google Pixel 11 Pro Fold17644688
Samsung Galaxy Z Fold727459060
Oppo Find X9 Ultra350510277
Samsung Galaxy S26 Ultra365110819
Vivo X300 Pro350710469
Apple iPhone 17 Pro35608835
Image from: Prestasi dan Konfigurasi Kirin 9050 Pro Kini Diketahui
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved