Prestasi setanding harga gerenti berbaloi, ini 6 tablet terbaik 2024 yang boleh kalian beli sekarang

18 Jan 2024 • 6:30 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

NAK mencari peranti mudah alih seperti tablet memang mudah sekarang ini, lebih-lebih lagi semuanya di hujung jari.

Tak dinafikan, sudah banyak pilihan tablet yang dijual di pasaran lokal sampaikan kita rambang mata nak beli yang mana satu sesuai dengan bajet.

Cuma untuk memilih gajet yang betul-betul berbaloi dan memenuhi keperluan seharian agak susah.

Apatah lagi, jika harga dikenakan agak mahal, namun tak setanding dengan prestasi yang dijanjikan. Rasa tertipu pula, kan?

image is not available

Itu belum lagi kena scam dengan peniaga, barang dibeli lain dapat lain dan banyak-banyak hal lagi.

Justeru, info yang dikongsikan portal teknologi, TechRadar boleh dijadikan panduan buat kalian yang sedang mencari peranti untuk diri atau anak-anak.

image is not available

Merujuk laman web tersebut, mereka menyenaraikan model terbaik terdiri iOs dan android untuk tahun ini yang mempunyai kehebatan tersendiri.

Antara enam fitur yang dicadangkan dan kalian boleh usha seperti berikut:

image is not available

1. iPad Pro 12.9
– Antara iPad terbaik yang pernah dikeluarkan Apple setakat ini.
– Kebanyakan reviu pembeli berpuas hati dengan set cip M2, skrin 12.9 inci menggunakan mini LED untuk gambar lebih sempurna.

image is not available
– Ciri berguna seperti Face ID, kamera berkebolehan dan sokongan untuk aksesori seperti papan kekunci ajaib Apple dan Apple Pencil 2.
– Harga jualan bermula RM5,399 di Lazada.

 

image is not available

2. iPad Air
– Mempunyai prestasi yang bagus dan desain yang menarik.
– Berat hanya 461 gram (g) dengan sistem sokongan OS iPadOS 16 dan CPU Apple M1.

image is not available
– Pilihan storan 64GB hingga 256GB dan kapasiti bateri selama 10 jam.
– Harga ditawarkan bermula RM2,599 di Lazada.

image is not available

3. Samsung Galaxy Tab S9 Ultra
– Pilihan tablet terbaik versi android dengan paparan skrin 14.6-inci yang memanfaatkan sepenuhnya sistem pengendalian OneUI baharu.


– Disokong Snapdragon 8 Gen 2 untuk 16GB RAM hingga 1TB storan.
– Perisian OneUI Samsung menjadikan gajet tersebut seperti komputer riba sebenar.
– Ditawarkan pada harga bermula RM6,499 di Lazada.

image is not available

4. Google Pixel Tablet
– Nilai hebat untuk kombo tablet dan pembesar suara dengan sistem audio mengasyikkan.
– Didatangkan dengan pelbagai aplikasi seperti Google Suite, Youtube, Google Play dengan paparan skrin lebar 10.95 inci.


– Disokong dengan sistem Android 13 dan berat hanya 493g.
– Nilai ditawarkan bermula RM2,449 di Lazada.

image is not available

5. One Plus Pad
– Disokong perisian Android 13 dengan paparan LCD 144Hz.
– Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 dan menggunakan MediaTek Dimensity 9000.

image is not available
– Kapasiti bateri 9,510mAh super pantas 67W.
– Dijual pada nilai RM1,999 di Lazada.

6. Lenovo Yoga Tab 13
– Antara pilihan gajet dengan ciri pembesar suara terbina dalam.
– Mempunyai port HDMI mikro untuk sambungan terus ke komputer yang berfungsi sebagai skrin kedua mudah alih.

image is not available
– Skrin besar 13 inci dengan cipset Snapdragon 870 yang berkuasa dan kapasiti bateri 10,200mAh
– Tawaran harga bermula RM2,499 di Lazada.

image is not available

Banyak pilihan peranti yang boleh kalian survey mengikut bajet masing-masing. Paling penting, ia berfungsi untuk tugasan sekolah.

Sekarang ini pun konsep kerja sekolah semuanya menggunakan tablet atau komputer riba, kan?

image is not available

Jadi, kalau dapat peranti yang power dan kena dengan harganya, tak salah nak membeli-belah. Cuma, carilah seller yang dipercayai ya.

Okey! Selamat bershopping.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang