Prestasi suku kedua merosot, bayar dividen dua sen kepada pemegang saham - Unisem

Business & Finance
31 Jul 2025 • 5:51 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Prestasi suku kedua merosot, bayar dividen dua sen kepada pemegang saham - Unisem

image is not available

31/07/2025 - 17:51

Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN

KUALA LUMPUR 31 Julai – Unisem (M) Bhd mencatatkan keuntungan bersih lebih rendah sebanyak RM9.13 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2025 (2QFY25), susut berbanding RM16.76 juta yang direkodkan dalam tempoh sama tahun lalu.

Syarikat semikonduktor itu berkata, keadaan operasi dijangka kekal mencabar berikutan impak tarif dan sekatan perdagangan global yang masih berterusan.

“Bagaimanapun, hasil suku berkenaan meningkat kepada RM475.15 juta berbanding RM394.59 juta tahun lalu, mencerminkan pertumbuhan pendapatan walaupun keuntungan terjejas.

“Sepanjang enam bulan pertama tahun ini, syarikat mencatatkan keuntungan bersih terkumpul sebanyak RM15.14 juta ke atas hasil berjumlah RM898.77 juta, berbanding RM25.22 juta dan hasil RM759.36 juta bagi tempoh sama tahun lalu,” katanya dalam kenyataan.

Seiring pengumuman prestasi kewangan tersebut, Lembaga Pengarah telah meluluskan dividen interim kedua sebanyak dua sen sesaham, yang akan diniagakan tanpa kelayakan dividen pada 18 September 2025 dan dibayar pada 3 Oktober 2025.

Unisem berkata pihaknya akan terus berwaspada dalam mendepani cabaran pasaran global dan mengambil langkah strategik bagi mengekalkan daya saing dalam industri semikonduktor. - DagangNews.com

standard