KINABATANGAN - Peratusan keluar mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag mencatat sebanyak 50 peratus manakala Parlimen Kinabatangan hanya 47.2 peratus setakat jam 2 petang Sabtu.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) jumlah itu masing-masing melibatkan seramai 6,757 orang bagi DUN Lamag manakala seramai 22,800 bagi Parlimen Kinabatangan.
SPR sebelum itu memaklumkan sebanyak 36 pusat mengundi dibuka seawal jam 7.30 pagi melibatkan 117 saluran di seluruh Parlimen Kinabatangan.
Pusat mengundi akan ditutup pada jam 5.30 petang dan ada beberapa pusat mengundi yang akan ditutup lebih awal sekitar jam 12 tengah hari.
