PRN Johor: 38.64 peratus sudah mengundi awal setakat jam 10 pagi

LocalPolitics
7 Jul 2026 • 11:09 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: PRN Johor: 38.64 peratus sudah mengundi awal setakat jam 10 pagi
Anggota PDRM hadir bagi menunaikan tanggungjawab pada proses pengundian awal sempena PRN Johor ke-16 di Dewan Dato Onn, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, hari ini. Foto: Bernama

JOHOR BAHRU - Sebanyak 38.64 peratus pengundi awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor telah menunaikan tanggungjawab mereka setakat 10 pagi ini.

Berdasarkan data terkini yang dikongsikan di Facebook rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), jumlah tersebut mewakili 7,963 anggota tentera dan pasangan serta polis.

Sebanyak 64 pusat mengundi dibuka serentak pada 8 pagi tadi bagi membolehkan 20,607 pengundi berdaftar menjalankan amanah mereka hari ini.

Kesemua pusat mengundi itu akan ditutup secara berperingkat antara 12 tengah hari hingga 6 petang ini, bergantung pada lokasi dan jumlah pemilih berdaftar.

PRN Johor ke-16 menyaksikan 172 calon merebut 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan pengundian bagi 2.7 juta pemilih ditetapkan pada Sabtu ini. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved