PRN Johor: Adham Baba tawar pengalaman sebagai Menteri Kesihatan

LocalPolitics
24 Jun 2026 • 8:27 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: PRN Johor: Adham Baba tawar pengalaman sebagai Menteri Kesihatan
Adham yang merupakan calon bagi kerusi DUN Pasir Raja bercakap kepada pemberita selepas Majlis Pengumuman Calon Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 di Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, pada Rabu. Foto Bernama

JOHOR BAHRU – Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Parit Raja menegaskan pengalaman luasnya dalam pentadbiran kerajaan akan dimanfaatkan bagi memperkukuh agenda pembangunan negeri di bawah Maju Johor 2030.

Beliau berkata, gabungan calon berpengalaman dan muka baharu yang diketengahkan BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 diyakini mampu memperkasakan usaha pembangunan negeri secara lebih menyeluruh.

Menurutnya, pendekatan tersebut penting bagi memastikan setiap perancangan pembangunan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan memberi impak terus kepada rakyat.

“Terima kasih kepada Presiden UMNO, pimpinan parti serta kepimpinan negeri kerana mengetengahkan gabungan calon berpengalaman dan calon muda bagi menjayakan misi Maju Johor 2030.

"Saya yakin kombinasi ini akan mengukuhkan lagi usaha pembangunan negeri,” katanya selepas pengumuman calon di Pejabat UMNO Johor pada Rabu.

Beliau turut menekankan bahawa pembangunan menerusi Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) perlu memberi manfaat secara seimbang kepada seluruh negeri, termasuk kawasan utara Johor.

“Kita mahu limpahan pembangunan ini tidak hanya tertumpu di selatan, sebaliknya turut dirasai hingga ke kawasan utara Johor,” katanya.

Mengulas cabaran PRN kali ini, Adham berkata kelebihan akan berpihak kepada calon yang mampu mendekati dan menyantuni pengundi secara konsisten.

Adham berkata, antara pencapaian yang paling dibanggakan sepanjang menjadi wakil rakyat ialah usaha memperkukuh sektor pendidikan tinggi di kawasan yang pernah diwakilinya.

“Ketika saya menjadi ADUN antara 2008 hingga 2014, saya membawa agenda pembangunan pendidikan termasuk memperkasakan Kolej Yayasan Pelajaran Johor yang kini berkembang menjadi Kolej Universiti Yayasan Pelajaran Johor.

“Saya juga pernah mencadangkan penubuhan universiti di Johor dan yang terbaharu membawa masuk institusi latihan kemahiran Johor (SKILL Johor) di kawasan Ladang Yayasan. Agenda memartabatkan kecemerlangan institusi pengajian tinggi memang dekat dengan saya,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved