PRN Johor: Spekulasi calon Pas, Wawasan wakili BN meleset

LocalPolitics
24 Jun 2026 • 6:35 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: PRN Johor: Spekulasi calon Pas, Wawasan wakili BN meleset
Onn Hafiz tengah hanya mengumumkan nama calon dari UMNO, MCA dan MIC yang akan bertanding di 56 kerusi DUN pada PRN Johor kali ini.

JOHOR BAHRU – Spekulasi mengenai kemungkinan wujudnya kerjasama antara PAS dan Parti Wawasan Negara (Wawasan) dengan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 sebelum pengumuman calon BN Johor hanya sekadar khabar angin.

Ia selepas Pengerusi BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi hanya mengumumkan nama calon dari UMNO, MCA dan MIC yang akan bertanding di 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kali ini.

Sebelum ini, desas-desus timbul mengenai kemungkinan kerjasama politik melibatkan BN, PAS dan Wawasan bagi menghadapi PRN Johor kali ini.

Malah tular dakwaan empat kerusi diberikan kepada Wawasan manakala satu kerusi diberikan kepada PAS, dengan setiap parti perlu menggunakan logo BN.

Selain itu, pengumuman yang dibuat di Pejabat Perhubungan UMNO Negeri Johor turut menafikan dakwaan bahawa penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Skudai, Marina Ibrahim bakal dibawa masuk sebagai calon khas BN sebelum ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved