PRN Johor: Bukan sekadar jawatan MB, tetapi pasukan mana boleh mentadbir - AMK

LocalPolitics
28 Jun 2026 • 3:40 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: PRN Johor: Bukan sekadar jawatan MB, tetapi pasukan mana boleh mentadbir - AMK
Nabil

JOHOR BAHRU - Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bukan sekadar tentang jawatan Menteri Besar, malah ia juga berkaitan dengan pasukan mana yang boleh menyediakan perancangan untuk memartabatkan bangsa Johor dari sudut ekonomi dan sosial.

Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Nabil Halimi berkata, Pakatan Harapan (PH) menampilkan barisan calon berpengalaman seperti bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa; bekas Exco Kerajaan Negeri Johor, Mohd Khuzaan Abu Bakar (Semerah) dan Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kayat. (Larkin)

Katanya PH juga menawarkan calon muda profesional seperti Ketua AMK Johor, Muhamamd Faezuddin Puad; Danish Hossman (Johor Lama), Jalex Lee (Pemanis), Feliciah Poh (Penggaram) dan Ayna Soraya (Sungai Balang).

"Kami mampu menawarkan wajah kerajaan negeri Johor lebih segar, progresif dan baharu yang mampu memakmurkan seluruh ekonomi Johor.

"Mungkin Azleen sudah lupa 'poster boy' Johor pada PRN sebelum ini juga akhirnya tidak menjadi Menteri Besar.

"Rakyat mengundi Barisan Nasional (BN) dikemudi oleh Datuk Hasni Mohammad turut merupakan menteri besar pada ketika itu dengan kempen yang sama akan prestasi beliau sebagai MB Johor. Tetapi lain pula jadi, Datuk Onn Hafiz menjadi Menteri Besar.

"Oleh sebab itu saya setuju dengan Dr Zaliha Mustafa bahawa PRN Johor ini bukan sekadar tentang Menteri Besar, tetapi pasukan mana boleh menyediakan perancangan untuk memartabatkan bangsa Johor dari sudut ekonomi dan sosial," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurut Nabil, setakat ini Kerajaan Persekutuan yang dikemudi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan didominasi oleh pimpinan PH terbukti telah banyak memainkan peranan dalam mengangkat Johor sebagai negeri pelaburan utama negara.

"Kerajaan menyediakan peluang pekerjaan dan perniagaan kepada anak muda Johor melalui inisiatif Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) serta pemulihan Forest City daripada hampir menjadi kota hantu kepada hab ekonomi serantau. 

"Kerajaan negeri BN mendapat hasil daripada pelan dan perancangan Kerajaan Madani yang dikemudi oleh Anwar Ibrahim," katanya.

Pada minggu lalu, Pemuda UMNO Johor mendakwa ketidakmampuan atau keengganan PH menamakan calon Menteri Besar menjelang PRN Johor menggambarkan kelemahan dan ketidaktentuan kepemimpinan gabungan berkenaan.

Ketuanya, Noor Azleen Ambros dilaporkan berkata bahawa kegagalan itu menimbulkan pelbagai persoalan mengenai hala tuju dan kesiapsiagaan gabungan berkenaan.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved