Saya mahu Johor diperintah Melayu-Islam! Tak mahu dikuasai puak liberal – Hadi Awang

LocalPolitics
26 Jun 2026 • 4:40 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan matlamat utama parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini adalah memastikan negeri berkenaan terus ditadbir oleh orang Melayu Islam.

Beliau berkata, PAS tidak mahu Johor dikuasai oleh golongan liberal atau bukan Islam, sebaliknya mahu kepimpinan negeri kekal diterajui oleh orang Islam.

“Apa yang penting saya nak supaya Johor diperintah oleh orang Melayu Islam. Saya tak mahu (Negeri Johor) dikuasai oleh puak-puak liberal, puak-puak bukan Islam tak mahu. Biar orang Islam yang memerintah Johor,”katanya ketika ditemui media selepas Kuliah Dhuha Jumaat di Masjid Rusila, hari ini.

Image from: Saya mahu Johor diperintah Melayu-Islam! Tak mahu dikuasai puak liberal – Hadi Awang

Mengulas peluang PAS pada PRN Johor, Abdul Hadi berkata beliau yakin dengan kemampuan calon-calon yang dipilih, sambil menjelaskan parti itu hanya akan bertanding di 11 kerusi sebagaimana diputuskan oleh PAS Johor.

Menurutnya, sasaran PAS adalah untuk menjadi pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, sekali gus memainkan peranan sebagai penasihat kepada kerajaan negeri sekiranya diberi mandat oleh rakyat.

Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan seorang bekas Exco Kerajaan Negeri Johor telah menyertai PAS dan disifatkan sebagai antara calon yang berpotensi memberi kelebihan kepada parti itu.

Artikel lain: Perlu bersatu! Hadi Awang seru umat Islam pertahan kedaulatan politik Islam

Abdul Hadi turut memaklumkan beliau akan turun berkempen serta menghadiri proses penamaan calon di kawasan Maharani, Muar.

Image from: Saya mahu Johor diperintah Melayu-Islam! Tak mahu dikuasai puak liberal – Hadi Awang

Menyentuh hubungan dengan BERSATU, beliau berkata beberapa perkara akan dibincangkan kemudian, namun mengesahkan kerjasama dengan parti itu telah dibatalkan.

Beliau turut menjelaskan bahawa jentera PAS akan memberi tumpuan sepenuhnya kepada 11 kerusi yang ditandingi parti itu dan tidak akan berkempen untuk calon BERSATU.

Sumber: Harakahdaily

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved