PRN Johor: Keputusan Tak Rasmi, BN Dahului Di 33 DUN, PH 7 DUN - Asyraf Wajdi 

LocalPolitics
11 Jul 2026 • 8:01 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

PRN Johor: Keputusan Tak Rasmi, BN Dahului Di 33 DUN, PH 7 DUN - Asyraf Wajdi 

SKUDAI - Barisan Nasional (BN) didakwa sedang mendahului keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan menguasai 33 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) setakat jam 6.27 petang.

Perkembangan itu dikongsikan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi hantaran di media sosial. 

Berdasarkan hantaran tersebut, Pakatan Harapan (PH) didakwa hanya mendahului di tujuh kerusi, manakala Perikatan Nasional (PN), Bersama dan MUDA masih belum mencatatkan sebarang keputusan membanggakan.

Bagaimanapun, keputusan berkenaan masih belum disahkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). 

Keputusan sebenar hanya akan diketahui selepas proses pengiraan undi selesai di semua pusat penjumlahan undi rasmi.

PRN Johor yang berlangsung hari ini  menyaksikan pengundi di seluruh negeri memilih wakil rakyat bagi membentuk kerajaan negeri untuk penggal baharu.

Terdahulu, jurucakap Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) memaklumkan, undi awal dikira bermula jam 5 petang.  - Getaran, 11 Julai 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved