[RASMI] PRN Johor: Maszlee menang DUN Puteri Wangsa

LocalPolitics
12 Jul 2026 • 1:26 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: [RASMI] PRN Johor: Maszlee menang DUN Puteri Wangsa
Maszlee - FOTO: Bernama

JOHOR BAHRU - Bekas Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik yang mewakili Pakatan Harapan berjaya memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 pada Sabtu. 

Berdasarkan keputusan rasmi yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya, Maszlee memperoleh sebanyak 41,821 undi dengan majoriti 5,744 undi.

Beliau menewaskan empat lagi pencabarnya iaitu calon Barisan Nasional, Teow Chia Ling; Nicholas Paul Vincent (Bersama), Rashifa Aljunied (MUDA) dan Wang Wee Seong (Bebas).

Pada PRN Johor 2022, kerusi DUN Puteri Wangsa dimenangi oleh Amira Aisya Abd Aziz daripada MUDA dengan majoriti 7,114 undi, beliau bagaimanapun tidak bertanding bagi mempertahankan kerusi itu pada PRN kali ini sebaliknya memberi laluan kepada Rashifa. - Bernama 

 

 

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved