PRN Johor: Kerjasama Pas-BN jelas, untungkan PH - Fuziah

LocalPolitics
30 Jun 2026 • 1:31 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: PRN Johor: Kerjasama Pas-BN jelas, untungkan PH - Fuziah
Fuziah ketika sidang media bagi lawatan kerja beliau di SDS Food Manufacturing Sdn Bhd pada Selasa. Foto Bernama

JOHOR BAHRU – Seruan Pas supaya penyokongnya tidak mengundi Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 disifatkan sebagai petunjuk jelas wujud usaha kerjasama politik antara parti itu dengan Barisan Nasional (BN).

Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, kenyataan pimpinan Pas itu wajar dijadikan pertimbangan oleh pengundi Johor dalam menentukan bentuk kerajaan yang mahu dipilih pada PRN kali ini.

"Saya kira ini adalah untuk pengundi di Johor berfikir. Maksudnya kerajaan yang macam mana yang mereka inginkan apabila mereka mengundi di Johor nanti?.

"Maksudnya kalau mereka mengundi BN, mereka akan dapat Pas. Mereka mengundi Pas, mereka akan dapat BN. Jadi, fikir-fikirkanlah. Pengundi yang  bijak untuk buat keputusan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke Kilang Roti SDS Manufacturing di Bukit Kempas di sini pada Selasa.

Mengulas lanjut, Fuziah berkata, tindakan Pas itu hanya akan memberi kelebihan kepada PH dalam PRN Johor.

"Saya lihat perkara ini sebenarnya memberi kesan yang lebih kepada PN (Perikatan Nasional), sebab apa yang diumumkan oleh Pas itu adalah tikam belakang kepada kawan mereka sendiri.

“PN, Pas dan Bersatu dilihat berpecah walaupun dalam satu gabungan. BN juga berdepan isu sama, jadi semua ini sebenarnya beri kelebihan kepada PH,” katanya.

Pada Ahad, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengarahkan ahli dan penyokong parti itu supaya mengundi calon UMNO-BN di kerusi yang tidak ditandingi PN pada PRN Johor, 11 Julai ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved