SPR Keluarkan 24,677 Kertas Undi Pos Bagi PRN Johor Ke-16

LocalPolitics
30 Jun 2026 • 10:06 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

spr prn johor

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang layak mengundi secara pos bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 pada Isnin.

Menurut SPR dalam satu kenyataan media, pengeluaran kertas undi pos itu dilaksanakan pada 29 Jun 2026 oleh Petugas Pilihan Raya di semua 56 kawasan Dewan Negeri, selaras dengan Peraturan 3, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 23,288 kertas undi pos adalah bagi kategori Borang 1A yang melibatkan Petugas Pilihan Raya, Ahli/Pegawai SPR, anggota polis, anggota tentera dan petugas media.

Artikel berkaitan: Johor Kekal ‘Food Basket of Malaysia’ Negara, RM32 Juta Diluluskan Untuk 27 Projek Agromakanan

Selain itu, sebanyak 1,044 kertas undi pos dikeluarkan bagi kategori Borang 1B untuk warganegara Malaysia yang menetap di luar negara, manakala 345 lagi adalah bagi kategori Borang 1C melibatkan agensi atau organisasi.

SPR turut memaklumkan bahawa proses pengeluaran kertas undi pos tersebut dijalankan dengan kehadiran wakil calon daripada semua parti atau individu yang bertanding.

Dalam pada itu, SPR mengingatkan semua pengundi pos supaya membuat penandaan pada kertas undi, mengisi Borang Perisytiharan Identiti (Borang 2) dengan lengkap dan betul serta mengembalikannya kepada Pegawai Pengurus Dewan Negeri berkenaan sebelum jam 5 petang pada Hari Mengundi, 11 Julai 2026 (Sabtu).

Pada masa sama, pengundi turut diingatkan supaya sentiasa menjaga kerahsiaan undi masing-masing dengan tidak merakam gambar kertas undi pos atau menularkannya di laman media sosial.

Sumber: SPR

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved