PRN Johor: Manifesto PH hasil dengar suara rakyat, bukan ‘copy paste’ – Dr Zaliha

LocalPolitics
6 Jul 2026 • 9:56 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pengerusi PKR Johor, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa menolak dakwaan bahawa manifesto Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang dibentangkan Pakatan Harapan (PH) hanyalah hasil ‘copy paste’ daripada manifesto Barisan Nasional (BN).

Menurut laporan BH Online, dakwaan tersebut tidak berasas kerana manifesto berkenaan disediakan selepas melalui proses libat urus yang panjang bersama rakyat di seluruh Johor.

“Ada orang kata kita keluarkan manifesto ini lambat, seminggu lambat dia kata. Dia kata, bila dia bandingkan antara manifesto Barisan Nasional (BN) dan juga PH, dia kata kita ‘copy and paste’ manifesto tersebut.

“Saya nak tanya anda semua di sini, betulkah kerja kita ini ‘copy and paste’? Betulkah? Tidak.

“Kita buat kerja ini begitu lama untuk turun ke bawah, mendengar suara rakyat, mendengar rintihan rakyat.

“Inilah yang kita bawa supaya kita dapat menawarkan atau yang dikehendaki oleh akar umbi dan rakyat,” katanya.
Image from: PRN Johor: Manifesto PH hasil dengar suara rakyat, bukan ‘copy paste’ – Dr Zaliha

Foto: FB Dr Zaliha Mustafa

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Ramah Mesra Bersama PMX di Kampung Jawa, Segamat pada Ahad.

Sebelum ini, bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dilaporkan mendakwa manifesto PH sekadar menyalin kandungan manifesto BN dengan alasan kebanyakan tawaran yang diumumkan telah pun atau sedang dilaksanakan kerajaan negeri pimpinan BN.

Image from: PRN Johor: Manifesto PH hasil dengar suara rakyat, bukan ‘copy paste’ – Dr Zaliha

Foto arkib: BN Comms

Dalam pada itu, Dr Zaliha yang juga Ahli Parlimen Sekijang berkata, antara komitmen utama PH sekiranya diberi mandat mentadbir Johor ialah mewujudkan 250,000 peluang pekerjaan kepada golongan muda dalam tempoh lima tahun bagi mengurangkan penghijrahan mereka ke bandar lain atau ke Singapura.

Image from: PRN Johor: Manifesto PH hasil dengar suara rakyat, bukan ‘copy paste’ – Dr Zaliha

Foto: FB Dr Zaliha Mustafa

Beliau berkata, PH turut menawarkan bantuan deposit rumah sebanyak RM8,000 kepada pembeli rumah pertama dalam kalangan anak muda.

“Kita tawarkan itu satu perkara yang saya kira sangat istimewa yang kita beri keutamaan kepada anak muda.
“Banyak lagi perkara lain yang kita tawarkan (seperti) RM500 juta juga kita tawarkan untuk membantu anak muda kita,” ujarnya.

Sumber: BH Online (Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved