PRN Johor: Onn Hafiz serah kepada rakyat tentukan pilihan

LocalPolitics
11 Jul 2026 • 10:13 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: PRN Johor: Onn Hafiz serah kepada rakyat tentukan pilihan
Onn Hafiz ketika sidang akhbar selepas selesai membuang undi di SK Simpang Renggam pada pagi Sabtu.

KLUANG – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menyerahkan kepada rakyat untuk menentukan pilihan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini.

Beliau berkata, suasana pengundian di pusat mengundi setakat ini berlangsung dalam keadaan baik dengan cuaca yang mengizinkan.

“Alhamdulillah saya tengok dari segi suasana, bangsa Johor mengundi pada hari ini berada dalam keadaan yang baik. Cuaca pun nampak baik.

“Saya mengucapkan selamat mengundi kepada seluruh bangsa Johor,” katanya selepas membuang undi di Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang Renggam, Kluang, pagi Sabtu

Ketika ditanya mengenai harapan beliau pada PRN kali ini, Onn Hafiz berkata, keputusan hanya akan diketahui selepas proses pengundian dan pengiraan undi selesai.

“Kita tunggu petang,” katanya ringkas.

Onn Hafiz yang juga calon BN bagi DUN Machap tiba di pusat mengundi berkenaan kira-kira jam 8.05 pagi.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved