[TIDAK RASMI] PRN Johor: Alwiyah mendahului di 'hot seat' Endau

LocalPolitics
11 Jul 2026 • 7:58 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: [TIDAK RASMI] PRN Johor: Alwiyah mendahului di 'hot seat' Endau
Calon Barisan Nasional bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Datuk Onn Hafiz Ghazi bergambar bersama calon DUN Tenggaroh Mohd Youzaimi Yusof (kiri) dan DUN Endau Alwiyah Talib (kanan. Foto fail Bernama.

SHAH ALAM - Calon Barisan Nasional (BN-UMNO), Alwiyah Talib mendahului di kerusi panas Dewan Undangan Negeri (DUN) Endau bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, setakat kemas kini jam 7.27 petang Sabtu.

Berdasarkan siaran langsung Sinar Harian di Pusat Gerakan BN, Alwiyah yang merupakan penyandang kerusi DUN Endau memperoleh 3,771 undi dengan majoriti 1,379 undi.

Beliau pada PRN Johor 2022 ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Endau, namun mewakili Perikatan Nasional (PN-Bersatu) dan memperoleh majoriti 3,041 undi dalam saingan lima penjuru.

Alwiyah yang merupakan Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Mersing mengumumkan keluar daripada parti tersebut untuk kembali menyertai UMNO pada 4 Jun lalu.

Sementara itu, keputusan tidak rasmi tersebut menyaksikan calon daripada PN iaitu Hasnul Hakimi Hussien memperoleh 2,392 undi, manakala Saiful Nizam Samat (Pakatan Harapan) 809 undi dan Jati Awang mewakili Parti Orang Asli Malaysia (Asli) sebanyak 275 undi.

Setakat ini, sebanyak 28 dari 60 jumlah saluran dikira.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved