PRN Johor: Proses Kiraan Undi Dimulakan 5 PM - SPR

LocalPolitics
11 Jul 2026 • 6:36 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

PRN Johor: Proses Kiraan Undi Dimulakan 5 PM - SPR

JOHOR BAHRU - Proses pengiraan undi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 bermula dimulakan tepat jam 5 petang tadi.

Jurucakap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata, orang ramai diminta merujuk kepada pengumuman rasmi suruhanjaya itu bagi mendapatkan maklumat yang sahih.

"Orang ramai dinasihatkan supaya merujuk kepada pengumuman rasmi SPR untuk mendapatkan maklumat yang sahih mengenai keputusan pilihan raya.

“Elakkan daripada menyebarkan atau mempercayai sebarang maklumat palsu kerana ia boleh menjejaskan kelancaran proses pilihan raya,” katanya.

Sehingga jam 5 petang tadi, lebih 1.8 juta pengundi atau 67.44 peratus telah keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing. 

“Kesemua 1,076 pusat mengundi telah ditutup sepenuhnya tepat jam 6 petang tadi,” katanya. 

Jelas beliau, Dewan Undangan Negeri (DUN) Semarang mencatatkan peratusan keluar mengundi tertinggi iaitu 72.6 peratus setakat jam 4 petang tadi, diikuti DUN Sri Medan (71.6 peratus) dan DUN Sedili (70.5 peratus).

DUN Penggaram pula merekodkan peratusan keluar mengundi terendah iaitu 56.5 peratus, diikuti DUN Bentayan dan DUN Perling yang masing-masing mencatatkan 56.1 peratus. - Getaran, 11 Julai 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved