Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 90 laporan membabitkan pelbagai kesalahan sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 yang dijalankan bermula 27 Jun lalu sehingga sehingga malam Jumaat (10 Julai).
Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail, kebanyakan daripada 25 kertas siasatan dibuka merupakan kesalahan kecil.
Kes Yang Disiasat Tidak Libatkan Calon Pilihan Raya Atau Pemimpin Parti
Tambahnya, semua kes yang masih dalam proses siasatan juga tidak melibatkan mana-mana calon pilihan raya mahu pun pemimpin mana-mana parti.
“Saya percaya ini tidak akan menimbulkan keresahan ataupun ketegangan di antara pengundi dan juga semua petugas-petugas dalam pilihan raya kali ini.
“Sepanjang tempoh berkenaan sehingga semalam, kita terima 90 laporan polis. Kertas siasatan kebanyakannya perkara kecil yang saya percaya tidak akan menimbulkan keresahan atau ketegangan antara pengundi dan juga petugas dalam pilihan raya kali ini,” katanya.
Kes Khianat, Cabut Serta Bakar Bendera Parti & Banyak Kali Laporan Diterima
Jelas beliau, kes khianat merupakan salah satu daripada laporan yang diterima pihaknya.
“Kebanyakan kes kita siasat lebih kepada kes khianat, ada beberapa individu disiasat kerana mengambil tindakan untuk mencabut atau cuba merosakkan atau membakar bendera dan sebagainya,” katanya, lapor Berita Harian.
Siasatan Dijalankan Mengikut Pelbagai Jenis Akta
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas meninjau proses pengundian di pusat mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Molek, Johor Bahru pada hari ini (11 Julai).
Mengulas lanjut, siasatan yang dibuka antaranya disiasat di bawah:
- Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954
- Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954
- Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Kanun Keseksaan
14,000 Anggota Polis Ditugaskan Di 56 Kerusi DUN Seluruh Johor
Dalam pada itu, Mohd Khalid memaklumkan seramai 14,000 pegawai dan anggota polis ditugaskan di semua 56 kerusi DUN di seluruh negeri sepanjang tempoh pilihan raya. Ini termasuklah 5,600 pegawai dan anggota dari kontinjen luar untuk membantu Kontinjen Johor.
Jelasnya, anggota bertugas berperanan memastikan keamanan dan kelancaran di pusat mengundi.
“Pada masa ini saya melihat semuanya berjalan dengan baik dan lancar. Menjadi tanggungjawab dan amanah untuk polis memastikan keselamatan, ketenteraman dan kawalan lalu lintas berada pada tahap yang sempurna,” katanya.







