Kes Pelajar Kejar 3 Rakan Dengan Pisau Di Melaka: Dibaling Ais Berkali-kali Dipercayai Punca Insiden

10 Jul 2026 • 10:40 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Kes Pelajar Kejar 3 Rakan Dengan Pisau Di Melaka: Dibaling Ais Berkali-kali Dipercayai Punca Insiden

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sebelum ini tular mengenai kejadian membabitkan seorang pelajar sekolah yang ditikam rakannya di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Banting, Selangor. Semalam polis mendedahkan suspek dipercayai menyimpan perasaan rasa tidak puas hati ke atas beberapa individu yang didakwa pernah membulinya.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Kes Tikam Pelajar Di Banting: Suspek Bagi Alasan Tak Puas Hati, Dakwa Dibuli – KP Selangor

Pelajar lelaki kejar rakan dengan pisau pemotong kertas selepas dibaling dengan ais berulang kali

Belum surut dengan kes tersebut, terbaharu kecoh pula insiden seorang pelajar sekolah menengah di Alor Gajah, Melaka mengejar rakannya dengan pisau.

Menurut Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ahmad Abu Bakar difahamkan tindakan dua orang rakan yang didakwa bertindak membaling ais berulang kali ke arah pelajar tersebut telah menjadi punca dia mengejar mereka sambil memegang pisau pemotong kertas, semalam (9 Julai).

Siasatan awal yang dilakukan mendapati insiden terbabit melibatkan pelajar sekolah itu berlaku sekitar jam 2.50 petang sewaktu berlangsungnya program penghargaan kehadiran murid.

Program terbabit dilakukan di dewan sekolah menengah berkenaan.

Katanya lagi, dua orang pelajar yang berusia 13 serta 14 tahun itu, dipercayai telah bertindak membaling ais ke arah murid yang merupakan pelajar Tingkatan Satu secara berulang kali.

Pisau pemotong kertas diambil dari bekas pensil, kejar sekitar 50 meter sehingga ke surau

“Hasil siasatan mendapati suspek kemudian mengeluarkan sebilah pisau pemotong kertas daripada bekas pensilnya sebelum mengejar salah seorang mangsa sejauh kira-kira 50 meter hingga ke kawasan surau sekolah,” jelasnya, dipetik Malaysia Gazette.

Kata Ahmad Abu Bakar, terdapat dua orang lagi pelajar yang bersama mangsa juga melarikan diri ekoran bimbang mereka menjadi sasaran suspek.

Insiden tersebut turut dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) di sekolah.

Guru berjaya pujuk untuk pelajar lepaskan pisau, tiada kecederaan dilaporkan

“Bagaimanapun, tindakan pantas seorang guru yang berjaya memujuk suspek melepaskan pisau dan tiada sebarang kecederaan terhadap mana-mana pelajar atau guru manakala ketiga-tiga mangsa kembali semula ke dewan sekolah selepas keadaan terkawal.

“Keluarga suspek turut dipanggil ke sekolah sebelum membawa pelajar terbabit pulang dan siasatan mendapati semua pelajar terlibat mempunyai rekod salah laku disiplin sejak awal tahun ini.”

Suspek menerima rawatan di Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Hospital Melaka

Tambah beliau lagi, pelajar Tingkatan Satu itu juga dilaporkan sedang menerima rawatan di Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Hospital Melaka.

Menerusi rekod, sesi rawatan terakhir pelajar berkenaan adalah pada 3 Jun yang lalu dan pihak sekolah juga mengetahui mengenai keadaan pelajar berkenaan.

“Laporan polis telah dibuat guru sekolah berkenaan di Balai Polis Durian Tunggal malam tadi dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah,” ujarnya.

Ada masalah mental serta kena ambil ubat secara berkala

Sebelum ini Berita Harian yang memetik sumber memaklumkan murid berkenaan mempunyai masalah mental selain perlu mengambil ubatnya secara berkala.

“Nasib baik guru-guru yang dibantu pengawas bertindak pantas mengawal keadaan sebelum berjaya merampas pisau yang dipegang pelajar terbabit.

“Tiada sebarang kecederaan dilaporkan membabitkan pelajar mahupun guru dalam kejadian itu,” jelas sumber itu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved