PRN Johor: Suraya calon tunggal Pejuang wakili PN, bertanding di Gambir

LocalPolitics
26 Jun 2026 • 10:26 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: PRN Johor: Suraya calon tunggal Pejuang wakili PN, bertanding di Gambir
Mukhriz (kanan) mengumumkan pemilihan Suraya sebagai calon tunggal Pejuang menerusi penstriman langsung di Facebook pada Khamis.

SHAH ALAM – Ketua Penerangan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Johor, Suraya Sulaiman diumum sebagai calon tunggal parti itu yang akan bertanding di bawah tiket Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang.

Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, Exco Pejuangnita Malaysia itu akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir.

"Ini satu-satunya kerusi yang kita bertanding di Johor dan tidak lebih dari itu. Kita merasakan bahawa dengan gandingan bersama parti komponen dalam PN, peluang untuk menang cerah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika penstriman langsung majlis pengumuman calon PN DUN Gambir di Facebook pada Khamis.

Setakat Khamis malam, PN mengumumkan calon bagi 33 daripada 56 kerusi DUN yang dipertandingkan pada PRN Johor.

Daripada jumlah itu, Pas bertanding di 11 kerusi, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) 16 kerusi, Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) dengan lima kerusi manakala Pejuang hanya diperuntukkan satu kerusi di bawah payung PN.

Pengumuman calon-calon dibuat dalam empat majlis berasingan semalam.

Dalam pada itu Mukhriz memaklumkan, Suraya merupakan calon tempatan dan pemimpin politik yang aktif dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Menurutnya, ahli pernigaan dalam bidang kesihatan dan kecantikan itu mempunyai pengalaman dalam memperkasa komuniti wanita, belia dan keluarga melalui pelbagai program tanggungjawab sosial korporat (CSR), selain aktif advokasi politik serta kepimpinan akar umbi.

"Saya rasa tiada masalah untuk meletakkan calon wanita kerana dalam isu kenaikan kos sara hidup, golongan ini lebih memahami situasi dihadapi.

"Jadi tanpa ragu-ragu saya 'endorse' Suraya untuk memperjuangkan isu tersebut," ujarnya.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved