Pejuang Pertaruh Suraya Sulaiman Di DUN Gambir Atas Tiket PN

LocalPolitics
26 Jun 2026 • 11:40 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Pejuang Pertaruh Suraya Sulaiman Di DUN Gambir Atas Tiket PN

Pejuang Pertaruh Suraya Sulaiman Di DUN Gambir Atas Tiket PN

Parti Pejuang Tanah Air Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mengumumkan hanya satu wakilnya akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini menerusi kerjasama bersama Perikatan Nasional (PN).

Calon yang dipilih ialah Ketua Penerangan Pejuang Johor, Suraya Sulaiman yang akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir.

Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, Suraya merupakan satu-satunya calon daripada parti itu yang diberi kepercayaan untuk membawa cabaran Pejuang di Johor.

“Ini satu-satunya kerusi yang kita tandingi di Johor dan tidak lebih daripada itu.

Baca juga:

“Kita melihat kerjasama bersama parti-parti komponen dalam PN memberi peluang yang cerah untuk meraih kemenangan,” katanya ketika siaran langsung pengumuman calon PN DUN Gambir di Facebook malam tadi.

Dalam pada itu, Mukhriz berkata, Suraya yang juga Exco Pejuangnita Malaysia merupakan anak tempatan dan aktif dalam pelbagai kegiatan kemasyarakatan.

Menurutnya, Suraya yang terlibat dalam perniagaan sektor kesihatan dan kecantikan mempunyai pengalaman luas dalam memperkasakan komuniti wanita, golongan belia serta institusi keluarga menerusi pelbagai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Katanya, penglibatan aktif Suraya dalam advokasi politik dan kepimpinan akar umbi juga menjadi antara faktor utama pemilihannya.

“Saya lihat tiada masalah untuk menampilkan calon wanita kerana dalam isu kos sara hidup, golongan wanita lebih dekat dan lebih memahami kesan yang dirasai rakyat.

“Sebab itu saya tanpa ragu-ragu menyokong Suraya untuk membawa perjuangan tersebut,” ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved